Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M³, NTUC perluas usaha bimbingan kerjaya, penempatan kerja: Fahmi

Mahu rujuk lebih ramai pekerja jalani latihan nasional, teroka kerja sektor bertumbuh
Jun 19, 2022 | 06:43 AM



USAHA membantu pekerja Melayu/Islam meraih peluang pekerjaan lebih baik, khususnya dalam sektor pertumbuhan, telah dipergiat dengan kerjasama lebih kukuh di bawah inisiatif M Kuasa Tiga (M³).



Di bawah kerjasama M³ dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), satu program perintis melibatkan pemimpin kesatuan yang mengunjungi rumah ke rumah untuk mendampingi dan membimbing pencari kerja akan diluaskan.



Lebih ramai pekerja juga akan dirujuk kepada program latihan dan kemahiran di peringkat nasional, dengan penekanan kepada penempatan pekerjaan dalam sektor pertumbuhan.



Demikian menurut Encik Mohd Fahmi Aliman, yang menerajui Bidang Tumpuan Empat (FA4) berkenaan pekerjaan dan daya kerja di bawah inisiatif M³.



FA4 bermula sebagai usaha di bawah inisiatif SG Teguh Bersatu untuk membantu pekerja Melayu/Islam yang terjejas dengan pandemik Covid-19, tetapi kini tumpuan dialihkan kepada keperluan jangka panjang, kata Encik Fahmi.



Februari lalu, Yayasan Mendaki menandatangani perjanjian dengan NTUC sebagai sebahagian daripada strategi FA4.



"FA4 kini berubah menjadi satu inisiatif lebih besar, lebih berkesan dan berupaya untuk menangani isu semasa.



"Sebelum ini, kami hanya ada aset yang terhad. Kini kami manfaatkan aset NTUC dan memberi lebih jaminan kepada penempatan pekerjaan," ujar Encik Fahmi dalam satu wawancara dengan Berita Minggu.



"Menerusi perbincangan kami dengan benefisiari sebelum ini, mereka bersedia menjalani latihan, tetapi mereka juga prihatin tentang apakah terdapat pekerjaan selepas itu," ujarnya.



Contohnya, program perintis melibatkan melibatkan pemimpin kesatuan yang turun padang di Geylang Serai dan Bedok untuk mendampingi dan membimbing pencari kerja akan diluaskan ke Jalan Besar dan Jurong.



Berdasarkan keperluan penduduk, pemimpin kesatuan akan turut merujuk mereka kepada pelbagai agensi seperti NTUC LearningHub dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) untuk menjalani latihan dan mendapatkan pekerjaan.



Sedang lebih ramai penduduk Melayu/Islam akan dirujuk kepada sumber di peringkat nasional, Encik Fahmi berkata pendekatan masyarakat masih diperlukan.



"Di peringkat nasional, banyak bantuan yang disediakan. Tetapi kami tahu kami harus mengambil pendekatan khusus untuk membantu masyarakat mendapatkan pekerjaan lebih baik.



"Sebab itulah format M³ yang sekarang, cara kita dekati masyarakat, itu penting," kata Encik Fahmi.



Dalam wawancara dengan BM, Encik Fahmi turut menjelaskan bagaimana M³ akan membantu beberapa golongan khusus pekerja Melayu/Islam termasuk pekerja platform atau pekerja 'gig', golongan wanita yang ingin kembali ke alam pekerjaan, golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) yang matang atau pertengahan kerjaya, serta pekerja muda.



"Kami mahu pastikan pekerja Melayu/Islam lebih berdaya tahan untuk mendapatkan pekerjaan, terus berlatih dan meningkatkan diri.



"Kami juga ingin memberi peluang kepada mereka untuk memahami apa sektor pertumbuhan baru, atau sektor yang juga memerlukan tenaga kerja," kata Encik Fahmi.



Antara sektor pekerjaan penting yang disasarkan untuk pekerja Melayu/Islam termasuk dalam bidang teknologi maklumat (IT), keselamatan siber, perbankan, kawalan keselamatan, pembersihan, landskap, penyenggaraan dan teknisyen.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >