Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENGIMBAS 2020: INISIATIF UNTUK MASYARAKAT

M3 orak pelbagai inisiatif bantu masyarakat

Pelbagai inisiatif telah dilancarkan rangkaian M3 demi menyediakan bantuan dan sokongan kepada masyarakat Melayu/Islam Singapura tahun ini. Ini termasuk inisiatif untuk membantu masyarakat semasa pandemik Covid-19, seperti Projek Jump dan aplikasi CariKerja. Berikut BERITA HARIAN memaparkan antara program mereka.
Dec 23, 2020 | 05:30 AM



TAHUN ini, rangkaian M3 yang merangkumi Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) telah melancarkan pelbagai inisiatif buat masyarakat Melayu/Islam Singapura.



Pelbagai usaha disediakan, termasuk dari segi sokongan pekerjaan dan kerjaya di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini dan juga bantuan pembelajaran untuk anak-anak.



Pada April lalu, pasukan bertindak SGTeguhBersatu telah dibentuk Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, untuk membantu masyarakat yang terjejas oleh Covid-19.



Pasukan itu bertujuan memastikan bantuan peringkat nasional sampai kepada masyarakat Melayu/Islam, dan akan menerajui inisiatif khusus untuk masyarakat.



Ia memberi tumpuan pada tiga sektor - keagamaan, ekonomi dan keluarga, termasuk pelajar.



Mendaki turut melancarkan aplikasi CariKerja untuk membolehkan pencari kerja melayari dan memohon pekerjaan yang tersedia selain menganjurkan pameran kerjaya di dalam talian.



Pada Oktober lalu pula, rangkaian M3 memperkenalkan bidang tumpuan keempat mereka, iaitu pekerjaan dan daya kerja, dalam usaha membantu dan mempersiap tenaga kerja Melayu/Islam merebut peluang di tengah-tengah landskap Covid-19 dan pascapandemik.



Di bawah bidang tumpuan keempat itu, masyarakat akan disediakan sokongan dari segi peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, mobiliti kerjaya dan pembangunan profesional menerusi satu projek utama dipanggil Jump.



Ini seperti pameran kerjaya fizikal yang diadakan di kelab masyarakat di serata negara untuk menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pertumbuhan seperti penjagaan kesihatan, pembuatan dan khidmat sosial.



Dalam pada itu, KelasMateMatika@CC dibawa ke dalam talian tahun ini akibat Covid-19 untuk melengkapi kelas fizikal yang diadakan secara terhad.



Sebanyak 15 kelas fizikal dan sembilan kelas dalam talian telah diadakan tahun ini dan disertai 790 ibu bapa dan anak-anak mereka.



Sementara itu, 3,000 pasangan telah meraih manfaat daripada program Bersamamu sehingga Mac lalu sejak ia dilancarkan Julai tahun lalu.



Dikelolakan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), ia bertujuan memberi sokongan kepada pasangan yang bakal dan baru berumah tangga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >