Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

M3 tumpu perkasa tenaga relawan demi hulur bantuan lebih berkesan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

M3 tumpu perkasa tenaga relawan demi hulur bantuan lebih berkesan

Golongan ini merupakan tulang belakang pelbagai program yang dijalankan, justeru rangka kerja dilakar bagi pastikan relawan terlatih bagi dekati keluarga memerlukan: Maliki
Mar 27, 2022 | 05:30 AM

Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Ehwal Masyarakat Islam baru-baru ini turut membentangkan tiga strategi untuk memperkasa masyarakat. Antaranya termasuk untuk mengukuhkan rangkaian sokongan bagi mendampingi masyarakat melalui rangkaian M Kuasa Tiga (M3) yang merangkumi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra). BERITA MINGGU meneroka beberapa inisiatif di bawah rangkaian tersebut dalam dialog bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, dan Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam. 

TENAGA sukarelawan merupakan tulang belakang program kendalian M Kuasa Tiga (M3) dan keupayaan mereka perlu dipertingkat dan diselaras agar berupaya mendampingi masyarakat dan merangsang mutu keseluruhan penjagaan keluarga memerlukan.

Pada masa yang sama, motivasi serta keperluan golongan tersebut perlu dipertimbang bagi memastikan hubungan yang terjalin dengan sukarelawan berdedikasi kekal berpanjangan.

Justeru, penting untuk mendalami dan memahami tenaga sukarelawan yang tampil menyumbang dan memadankan mereka dengan kerja-kerja yang lebih sesuai serta menyediakan sokongan yang diperlukan, termasuk dari segi emosi dan kemahiran, menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Tambahnya, rangkaian tersebut telah melakarkan rangka kerja bagi memastikan sukarelawan dilatih dan "mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mendekati keluarga demikian", namun menggesa agar sokongan bagi golongan ini tidak diremehkan.

"Ada kalanya kita lihat sukarelawan sebagai tenaga kerja sahaja, tapi dalam konsep kesukarelawanan ini, kita harus melihat mereka sebagai individu yang dihargai dan memahami bahawa mereka juga menjalani proses perubahan minda, perubahan perasaan dan kita harus menyokong mereka juga," ujarnya.

Sukarelawan memerlukan ruang bagi mengimbas kembali serta meluahkan perasaan mereka agar dapat memproses pengalaman yang dilalui dan mendapatkan sokongan emosi, tambahnya.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), mendedahkan semasa perbahasan COS baru-baru ini bahawa sukarelawan M3 bagi menyokong keluarga lemah meningkat kepada 700 orang tahun lalu, berbanding 500 pada 2020.

Ini sejajar dengan sokongan yang semakin meningkat untuk menarik sukarelawan daripada semua lapisan masyarakat dan membina keupayaan mereka.

Meskipun akur tugas yang dijalankan sukarelawan bukan mudah, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, menggesa lebih ramai individu tampil untuk membawa masyarakat ke tahap yang lebih baik.

Ini terutama sekali bagi golongan yang pernah mengalami keadaan yang sama dan mampu bangkit kerana mereka lebih memahami apa yang dilalui keluarga-keluarga kurang bernasib baik itu, tambahnya.

"Kita perlukan sukarelawan yang lebih mahir dan dapat mendekati keluarga-keluarga ini dengan cara penuh hormat.

"Ini supaya mereka terbuka hati mencuba sesuatu yang dapat mengubah kehidupan mereka, dan ini bukanlah sesuatu yang mudah," katanya sambil menambah seringkali usaha mendekati keluarga ini memerlukan tempoh yang agak lama kerana perubahan tidak boleh dilakukan secara mendadak.

Seringkali latar belakang sukarelawan yang berbeza dengan keluarga yang dibantu membuat mereka sukar memahami masalah yang dihadapi, justeru mereka memerlukan pendedahan latihan serta sokongan.

Sukarelawan perlu berhenti menggunakan minda middle class dalam berurusan dengan keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan mereka, kata Dr Maliki.

Katanya: "Kita tak boleh tanyakan 'Mengapa ini susah sangat untuk dilakukan?' Kita harus bersedia kerana kadang-kadang dengan keluarga sedemikian, kita dapat maju setapak, tapi kemudian dalam tempoh tiga minggu selepas itu sukar untuk mendekati mereka lagi.

"Jadi, perlu banyak bersabar dan memahami apakah hambatan yang mereka hadapi."

Beliau menggesa lebih ramai anggota masyarakat tampil menyumbang dalam apa sahaja cara yang termampu.

Ramai di kalangan masyarakat yang ingin menyumbang namun akur tidak tahu selok-beloknya dan khuatir akan kemahiran mereka sendiri, namun Dr Maliki menekankan rangka kerja yang dilakar akan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan.

Ini termasuk dari segi menjaga etika dalam interaksi serta mengawal raut wajah kerana meskipun dilihat remeh, ia akan meninggalkan kesan mendalam.

Bagi melengkapi sukarelawan dengan kecekapan menjalankan peranan mereka dengan lebih berkesan, Pejabat Penyelarasan Penglibatan M³ (M³ ECO) akan menganjurkan satu lagi edisi Forum M³ pada separuh pertama tahun depan selepas sesi terakhir pada 2020.

Program tersebut menghimpunkan sukarelawan dari pelbagai bandar dan program untuk menjalin rangkaian, berkongsi idea dan amalan terbaik.


PERLUNYA 'ROBOHKAN' PERSPEKTIF NEGATIF YANG DIPEGANG KELUARGA SUSAH

Worldview dan persekitaran mereka membentuk perspektif laluan kehidupan mereka. Ini menjadi hambatan psikologi kerana mereka tidak pernah melihat persekitaran yang berlainan daripada kehidupan mereka sebelum ini. Apa yang harus kita lakukan adalah memahami, bersimpati dan bersikap empati kepada mereka serta memberikan mereka harapan bahawa walaupun ini mungkin cara mereka hidup sebelum ini, ia tidak semestinya berterusan."

PENTINGNYA HULUR SOKONGAN KEPADA RELAWAN TIDAK HARUS DIPANDANG REMEH

"Ada kalanya kita lihat sukarelawan sebagai tenaga kerja sahaja, tapi dalam konsep kesukarelawanan ini, kita harus melihat mereka sebagai individu yang dihargai dan memahami bahawa mereka juga menjalani proses perubahan minda, perubahan perasaan dan kita harus menyokong mereka juga."

- Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

SEKILAS SOAL JAWAB BERSAMA DR MALIKI

Soalan: Isu keluarga yang tinggal di rumah sewa bukanlah sesuatu yang baru dan pelbagai usaha telah dijalankan oleh pemerintah sebelum ini. Jadi, apakah perbezaan projek Dian kali ini?

Jawapan: Apa yang kita dapati ialah ramai di kalangan penduduk baru di flat-flat sewa ini adalah golongan yang lebih muda, dan ini merupakan satu profil yang baru yang kami rasa perlu bagi kami memberi perhatian secara lebih terperinci.

Perbezaan Projek Dian kali ini ialah kita akur bahawa bukan saja untuk membantu mereka dari segi sumber ekonomi mereka pada ketika ini, malah juga memastikan bahawa mereka berupaya menstabilkan keadaan ekonomi mereka dan berupaya untuk memiliki flat masing-masing kerana sebagai pemilik flat, harga diri mereka akan lebih tinggi, kestabilan dan persekitaran yang dapat mereka sediakan untuk anak-anak mereka akan lebih baik lagi.

Jadi kita perlukan lebih banyak lagi usaha-usaha untuk membantu mereka.

Soalan: Apa hambatan yang dihadapi mereka untuk mungkin memperkasa diri mereka, untuk mempertingkatkan diri mereka?

Jawapan: Apa yang kita dapati ialah kita harus memahami kehidupan mereka. Ramai yang kita dapati, pasangan-pasangan muda ini datang daripada keluarga yang mungkin tidak memberi mereka persekitaran yang begitu positif sebelum ini.

Jadi kita melihat bahawa kehidupan mereka atau worldview mereka merupakan suatu pandangan di mana itulah cara kehidupan mereka.

Hambatannya adalah mungkin hambatan psikologi kerana mereka tidak pernah melihat persekitaran yang berlainan daripada kehidupan mereka sebelum ini.

Yang penting ialah memberi mereka harapan bahawa mereka berupaya untuk mencapai aspirasi mereka.

Itulah salah satu tujuan kami mendekati mereka.

Soalan: Bolehkah Dr Maliki terangkan sedikit tentang rangka kerja keupayaan sukarelawan ini, dan tujuannya kerana sukarelawan ini kebanyakannya adalah tulang belakang kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh M3?

Jawapan: Apa yang kita perlukan ialah tenaga sukarelawan yang berupaya mendekati keluarga sedemikian, menjadi pembimbing kepada mereka, menjadi mentor kepada anak-anak muda. Dan di mana kita memberi semangat kepada keluarga sedemikian.

Apa yang sudah kita lakarkan untuk rangka kerja adalah untuk memastikan bahawa sukarelawan ini dilatih.

Ramai sukarelawan datang mengatakan mereka ingin menyumbang tapi tak tahu selok- beloknya... khuatir akan kemahiran mereka sendiri... kerana mereka khuatir tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mendekati keluarga sedemikian.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3