Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mabims lancar pelan strategik 5 tahun, lakar hala tuju dan kerjasama masyarakat Islam serantau

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



MESYUARAT Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims) semalam telah melancarkan pelan strategik lima tahun yang mengandungi antara lain hala tuju perkembangan dan kerjasama masyarakat Islam serantau bagi tempoh 2021-2025.



Pelan itu terkandung dalam Buku Pelan Strategik 2021-2025 yang dilancar di pertemuan Mabims ke-19 diadakan secara maya.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam kiriman di Facebook semalam berkata pelan itu meliputi empat bidang kerjasama utama: Pendidikan dan Pemahaman Kehidupan Beragama; Kesejahteraan Sosial; Potensi Belia; dan Keharmonian Serantau.



Pelan strategik ini meletakkan Mabims dalam kedudukan lebih baik untuk mencapai kerjasama lebih teguh, kata Encik Masagos.



Ia juga bakal membangunkan rangka kerja yang akan memanfaatkan masyarakat Islam dalam landskap yang berubah dan norma baru.



Singapura, katanya, akan menerajui bidang keharmonian serantau dengan matlamat untuk memupuk nilai Rahmatan Lil Alamin melalui program dan aktiviti bersama masyarakat Islam dari negara anggota Mabims.



Berucap di pembukaan mesyuarat tersebut, Encik Masagos berkata kepimpinan agama yang utuh merangkumi asatizah yang berilmu dan berwibawa merupakan tunggak dalam menangani isu semasa yang dihadapi masyarakat Islam.



"Konsep penyesuaian diri dan pendekatan fleksibel dalam menjalani kehidupan beragama menjadi perkara lazim bagi umat Islam demi membendung penularan virus," kata beliau.



Justeru, Encik Masagos menekankan pentingnya membangun kepakaran asatizah, yang "menjadi nadi dalam menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat, tatkala banyak unsur-unsur baru dalam sistem keagamaan yang muncul seiring dengan perubahan konteks kehidupan kita pada hari ini".



"Dengan golongan asatizah yang tinggi ilmunya dan penuh berwibawa, masyarakat akan mendapat pencerahan lebih padat dan lengkap tentang panduan-panduan agama yang kontemporari," kata beliau.



Ini, tambah Encik Masagos, menjadi lebih penting sedang dunia pesat membuat persiapan untuk beralih ke fasa endemik, yang mana "masyarakat secara lazim akan merujuk kepada badan penguasa Islam dan asatizah untuk mendapatkan panduan berkenaan kehidupan sosio agama yang akan kekal mencabar pada masa-masa akan datang".



Encik Masagos menambah Mabims dapat menjadi wadah baik untuk meningkatkan lagi keupayaan asatizah di rantau ini.



"Pentas Mabims menjadi satu wadah yang baik untuk menukar buah fikiran dan ilmu yang bermanfaat dalam menentukan konsep asas apabila mempertimbangkan panduan agama yang baru.



"Platform ini sekali gus memberi pendedahan yang bersesuaian untuk golongan asatizah mencungkil idea dan menggarap perspektif baru yang boleh disesuaikan selaras dengan konteks negara masing-masing," katanya.



Mesyuarat turut mengalu-alukan Senator Haji Idris Ahmad dan Encik Yaqut Cholil Qoumas, yang merupakan Menteri Hal Ehwal Agama Malaysia dan Indonesia yang baru dilantik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >