Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Macron menang pilihan raya presiden Perancis

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron menewaskan pesaingnya dari parti sayap kanan Cik Marine Le Pen dalam pilihan raya presiden kelmarin dan berkata beliau bercadang untuk memperbetulkan rasa kurang puas hati yang timbul semasa penggal pertama kepimpinannya.



Kemenangan Encik Macron itu, yang memberinya mandat untuk mengetuai Perancis bagi penggal kedua, juga dianggap menyekat perubahan politik yang lebih besar di Eropah.



Para penyokong Encik Macron bersorak gembira apabila keputusan pilihan raya presiden itu ditayangkan di skrin besar di taman Champ de Mars, bersebelahan Menara Eiffel.



Pemimpin negara di Berlin, Brussels, London dan di beberapa negara lain di Eropah turut menyambut baik kemenangan Encik Macron ke atas Cik Le Pen, yang bersifat nasionalis dan tidak menyokong Eropah yang bersatu itu.



Encik Macron, yang menjangka memenangi 57.4 peratus undi selepas 97 peratus undi dikira, berkata beliau tahu ramai yang mengundiya semata-mata kerana tidak menyukai Cik Le Pen dan tidak mahu melihat beliau menjadi presiden.



Justeru, Encik Macron berharap diberi peluang menangani isu yang dekat di hati warga Perancis, termasuk yang beranggapan mutu kehidupan mereka sedang merosot.



"Ramai dalam negara ini yang mengundi saya berbuat demikian bukan kerana mereka menyokong ideologi saya, tetapi kerana ingin mengetepikan ideologi sayap kanan.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka dan saya sedar saya kini berhutang budi kepada mereka," kata Encik Macron.



"Tiada sesiapa di Perancis akan dipinggirkan," kata beliau lagi, menggema mesej yang telah pun dilaungkan oleh menteri-menteri kanan dalam wawancara di televisyen negara itu.



Selepas dua tahun memerangi pandemik dan dengan harga tenaga elektrik terus bertambah - juga angkara perang di Ukraine - isu ekonomi dan kos sara hidup menjadi isu utama yang diketengahkan dalam kempen pilihan raya ini.



Kos sara hidup meningkat juga terus menambah tekanan ke atas golongan yang paling miskin di Perancis.



Seorang pekerja dalam penjualan digital, yang ingin dikenali sebagai Cik Virginie dan ditemui di satu rapat bagi Encik Macron, berkata:



"Beliau harus mendekati rakyat dan mendengar keluhan mereka."



Menambah, Cik Virginie berkata Encik Macron harus mengubah tanggapan beliau seorang yang angkuh dan memperlembut cara kepimpinan yang digelarnya sendiri sebagai "Jupiterian".



Cik Le Pen, yang pada satu peringkat kempen hanya ketinggalan di belakang Encik Macron dengan kiraan beberapa mata mengikut tinjauan tertentu, telah segera mengaku kalah selepas keputusan rasmi diumumkan.



Namun, beliau berikrar akan meneruskan perjuangan di pilihan raya parlimen pada Jun nanti.



"Saya tidak akan mengabaikan rakyat Perancis," kata beliau kepada penyokongnya yang melaung "Marine! Marine!" - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >