Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBELAJARAN DI RUMAH (HBL)

Madrasah Al-Ma'arif mula cuti sekolah Jun lebih awal

May 19, 2021 | 05:30 AM



MADRASAH Al-Ma'arif Al-Islamiah telah memulakan cuti bulan Jun bagi murid-murid mereka sedang madrasah lain memulakan langkah pembelajaran di rumah (HBL) hari ini selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE).



Cuti bulan Jun bagi pelajar Madrasah AlMa'arif dipercepat selama seminggu memandangkan madrasah itu telah tamat menyelesaikan peperiksaan dan hal pentabiran sekolah.



Murid-murid di bawah sekolah MOE sebaliknya memulakan cuti pada 29 Mei dan ia akan berlangsung sehingga 27 Jun.



Bagaimanapun, murid Madrasah Al-Ma'arif perlu kembali ke sekolah seminggu lebih awal berbanding murid sekolah MOE iaitu pada 21 Jun nanti.



Mudirah madrasah Cik Nafisah Ma'mun Suheimi berkata: "Peperiksaan dan segala isu pentadbiran berkaitan peperiksaan telah berakhir.



"Justeru kami memutuskan untuk memberi cuti lebih awal kepada murid-murid kami."



Namun beliau menambah kohort yang akan menduduki peperiksaan nasional tahun ini akan menjalani konsultasi dalam talian bersama guru mereka selama beberapa hari.



Di samping itu, beberapa madrasah lain yang dihubungi berkata HBL akan diteruskan seperti biasa.



Bagi Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI), peperiksaan subjek Biologi yang sepatutnya diadakan hari ini telah dibatal dan dianjakkan ke penggal seterusnya.



Selain itu, ujian lisan Quran pula akan diadakan dalam talian.



Menurut mudir MAI, Encik Herman Cher Ma'in, para guru dan asatizahnya kini lebih bersedia menjalankan pengajaran dalam talian.



"Menyusuli pengalaman pemutus litar yang lalu, kami berpendapat adalah penting untuk staf dilengkapi dengan kemahiran digital yang tertentu.



"Justeru kini, kesemua tenaga pengajar kami mempunyai pensijilan peringkat pertama Pendidik Google.



"Kursus yang telah mereka ikuti selama 18 modul itu telah melengkapkan mereka dengan kemahiran tertentu berhubung penggunaan platform berkaitan Google," kongsinya.



Selain itu, Madrasah Aljunied Al-Islamiah pula telah membuat persediaan rapi bagi para pelajarnya dengan memastikan setiap pelajar memiliki alat teknologi seperti iPad untuk mempermudah pembelajaran dari rumah.



Mudirahnya, Cik Khairiana Zainal Abiden, berkata: "Kami juga telah menjalankan satu tinjauan sebelum ini untuk meninjau apakah para pelajar kami mempunyai keperluan sewajarnya di rumah seperti khidmat Wi-Fi yang baik agar pembelajaran dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.



"Bagi pelajar yang tidak mempunyai khidmat Wi-Fi yang baik, kami akan memberikan alat 'dongle' atau penghala mudah alih Wi-Fi untuk mereka." - Laporan tambahan oleh HARITH MUSTAFFA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >