Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Madrasah Al-Ma'arif perlu dana bagi kerja naik taraf

Dec 14, 2019 | 05:30 AM



MADRASAH Al-Ma'arif Al-Islamiah sedang menjalankan kempen mencari dana bagi pembangunan madrasah seperti makmal sains dan perpustakaannya.



Kerja ubah elok bagi kedua-dua bahagian madrasah itu memerlukan perbelanjaan hampir $500,000, menurut madrasah tersebut.



Setakat ini, mereka telah mengumpul dana sebanyak $5,000 daripada penjualan Kalendar 2020.



Usaha kalendar amal ini sudah pun bermula sejak November.



Menjelaskan lanjut, pegawai pengumpulan dana Al-Ma'arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, berkata: "Dengan dana ini, kami ingin menyediakan perkakas yang sempurna dan baru untuk pelajar kami."



Kerja ubah elok yang dijalankan ini juga bakal memastikan pelajar dan guru dapat menikmati suasana yang lebih selesa untuk pembelajaran.



Madrasah Al-Ma'arif telah beroperasi sejak 1936 dan mempunyai sekitar 675 pelajar daripada peringkat rendah, menengah dan prauniversiti.



"Alhamdulillah, dengan bantuan dan sokongan daripada masyarakat, kami dapat melahirkan generasi wanita yang terbilang," tambah Cik Siti Radhiyah lagi.



Para penderma boleh mendapatkan kalendar meja atau kalendar yang boleh digantung di pejabat Madrasah Al-Ma'arif dengan berharga $12.



Selain kempen amal ini, masyarakat awam boleh memberi sumbangan menerusi pelbagai cara.



Bagi mereka yang ingin menderma lebih $100 boleh menghubungi 9724-1146.



Mereka juga boleh membuat pemindahan wang secara langsung ke akaun madrasah; mendapatkan borang derma Giro di pejabat madrasah; atau datang ke pejabat madrasah yang terletak di No 3, Lorong 39 Geylang.



Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Cik Siti Radhiyah di talian 6747-9835.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >