Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Madrasah Aljunied capai keputusan baik bagi peperiksaan IB

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Madrasah Aljunied capai keputusan baik bagi peperiksaan IB

Jan 04, 2022 | 04:37 PM

PELAJAR Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang menduduki peperiksaan Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) tahun lalu sekali lagi mencatatkan keputusan memberangsangkan, dengan murid terbaik mendapat keputusan sempurna 45 mata.

Kesemua 16 pelajar yang menjalani program tersebut tahun lalu lulus dan menerima Diploma Dwibahasa- diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapat gred 3 atau lebih tinggi dalam dua bahasa.

Keputusan purata yang dicapai madrasah itu ialah 39.69 mata, lebih tinggi dari purata 34.8 mata yang dicapai kumpulan pelajar tahun lalu.

Markah purata itu juga lebih tinggi berbanding keputusan global purata sebanyak 32.39 mata.

Pelajar yang menduduki peperiksaan IBDP di Singapura antara Mei dan November 2021 rata-rata menerima keputusan baik.

Keputusan purata pelajar Singapura adalah 40.6, dan kadar kelulusan bagi keseluruhan 2,156 pelajar yang menduduki peperiksaan IBDP di sini ialah 99.15 peratus.

Singapura juga berjaya menghasilkan 133 daripada 238 pelajar yang menerima keputusan sempurna 45 mata tahun ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3