Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IBDP)

Madrasah Aljunied catat keputusan baik dalam IB

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang menduduki peperiksaan Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) tahun lalu sekali lagi mencatatkan keputusan memberangsangkan, dengan murid terbaik mendapat keputusan sempurna 45 mata.



Kesemua 16 pelajar yang menjalani program tersebut tahun lalu lulus dan menerima Diploma Dwibahasa - diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapat gred 3 atau lebih tinggi dalam dua bahasa.



Separuh daripada mereka juga memperolehi keputusan yang melebihi 40 mata, sekali gus menjadikan keputusan purata yang dicapai madrasah itu sebanyak 39.69 mata.



Ini lebih tinggi berbanding keputusan global purata 32.39 mata, dan juga berbanding mata purata yang dicatatkan madrasah itu tahun lalu iaitu 34.8 mata.



Bangga dengan pencapaian kesemua pelajarnya, mudirah Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Cik Khairiana Zainal Abiden, berkata pencapaian pelajar madrasah itu sekali lagi mencatat sejarah.



"Bagi saya dan pihak madrasah, kami agak terperanjat dengan keputusan tahun ini kerana kami hanya mengharapkan perkembangan atau kemajuan yang lebih kurang sama seperti keputusan tahun lalu.



"Tapi dengan rendah diri kita mencatatkan satu lagi rekod dalam sejarah bila pelajar kita mendapat keputusan sempurna 45 mata, ini selain 50 peratus daripada pelajar kita yang mendapat 40 mata ke atas.



"Ini memang sesuatu yang amat memberangsangkan dan di luar jangkaan kami tetapi kami yakin kesungguhan guru dan pelajar natijahnya baik," kata Cik Khairiana.



Tahun lalu, kumpulan pertama 25 pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang menduduki peperiksaan IBDP pada tahun sebelumnya berjaya meraih keputusan baik.



Kesemua pelajar itu lulus dengan murid terbaik mendapat 42 daripada keseluruhan 45 mata.



Keputusan purata yang dicapai madrasah itu tahun lalu ialah 34.8 mata, lebih tinggi berbanding keputusan purata global 29.81 mata serta setaraf dengan keputusan purata setempat 34.83 mata.



Madrasah Aljunied merupakan satu-satunya Madrasah yang telah menerima status Sekolah Dunia IB, menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Kelayakan IB ini bersama dengan Diploma Pengajian Islam Aliyah yang diberikan kepada pelajar madrasah itu akan membuka peluang bagi mereka meneroka laluan pendidikan di universiti Islam serta institusi pendidikan tinggi lain yang menerima Diploma IB sebagai kriteria kelayakan, tambah Muis.



Penerapan IBDP - yang dimulakan Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada 2019 - bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk menjadi pelajar yang aktif dan berkesan dalam abad ke-21.



"Pengalaman belajar, latihan, pendedahan, kajian dan siasatan serta kegiatan khidmat masyarakat bukan hanya mempersiapkan pelajar untuk kehidupan universiti tetapi juga kemahiran berfikir yang penting serta perspektif yang penting untuk ketua dan cendekiawan agama pada masa depan," kata Muis.



Misalnya, subjek seperti Teori Pengetahuan (TOK) memerlukan pelajar menjalankan kajian penuh bermatlamat, terhadap cara berbeza untuk mengetahui perkara seperti agama, sebab dan emosi dan pengetahuan yang berbeza seperti sains manusia.



Kini seramai 14 guru madrasah itu terlatih untuk mengendalikan program IB.



Antara subjek yang ditawarkan di bawah program itu termasuk Bahasa Melayu A, Bahasa Arab B, Bahasa Inggeris B, Politik Global, Sistem dan Masyarakat Sekitaran, Kimia, dan Pengajian Matematik.



Subjek-subjek tersebut dipilih kerana ia melengkapkan subjek Pengajian Islam yang ditawarkan di madrasah tersebut.



Keputusan bagi pelajar yang telah menduduki peperiksaan IBDP tahun lalu telah diumumkan kepada pelajar sekitar 3.30 petang semalam di madrasah itu dan anggota keluarga pelajar telah menyertai acara itu secara maya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >