Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Madrasah Aljunied juarai Bahas 4PM

Sep 23, 2018 | 11:28 PM



Kedua-dua institusi memberikan hujah yang baik dan idea yang bernas dalam penyampaian mereka.



Namun, Madrasah Aljunied dapat mengetengahkan idea mereka dan memberikan bidasan yang lebih berstruktur dan lebih berkesan dalam menyampaikan hujahan dan membidas hujahan lawan.



Lantas, menempatkan mereka sekali lagi sebagai juara peringkat akhir bahas anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) peringkat pos menengah baru-baru ini.



Begitulah menurut Ketua Juri, Encik Tajudin Jaffar, yang juga Penolong Pengarah, Bahasa Melayu dan Pakar Kanan bagi Cawangan Bahasa Ibunda Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum 1 di Kementerian Pedidikan (MOE).



Madrasah Aljunied, pihak pencadang, telah menumpaskan Politeknik Singapura sebagai pihak penyanggah, ketika mempertahankan mauduk perbahasan iaitu Usaha Menangani Masalah Kos Kehidupan Di Singapura Belum Berhasil.



Madrasah Aljunied sebagai pihak pencadang antaranya telah membahaskan bahawa usaha ini belum berhasil menurut kayu ukur kerana tidak mencapai dua kategori yang diberikan Bank Dunia iaitu kadar pendapatan tidak sama dengan kadar perbelanjaan keperluan serta wujudnya kesejahteraan masyarakat untuk menjalani kehidupan.



Politeknik Singapura pula telah memberi definisi ‘berhasil’ daripada mauduk itu sebagai mutu, kuantiti dan masa selain membincangkan bagaimana ‘usaha’ yang dihuraikan memenuhi ketiga-tiga unsur itu.



Sebagai pihak penyanggah, mereka menjelaskan selagi matlamat yang ditetapkan sudah tercapai selagi itulah usaha telah berhasil.



Namun, di sinilah antara kesempatan yang diambil oleh Madrasah Aljunied untuk membidas dengan mempersoalkan matlamat yang tidak diterangkan dengan jelas oleh pihak penyanggah.



Muhammad Haziq Bin Zainal dari Madrasah Aljunied berkata:



”Kita dapati ada kecelaruan dari segi pemahaman mauduk itu sendiri. Saya kira bidasan kita cukup kuat bila kita dapat menunjukkan kesilapan mereka.”



Beliau juga menyifatkan komunikasi yang baik antara satu sama lain ketika pertandingan sedang berlangsung telah membantu mereka untuk bergelar juara buat kali kedua bagi sekolah mereka.



Di samping itu, sebagai sebuah pasukan, mereka juga rasa tertekan untuk memenuhi harapan meneruskan legasi sebagai juara, ujarnya.



“Dan juga ada cabaran daripada Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2018, Cik Rahayu Mahzam, bahawa jika kami dapat memenangi pertandingan ini buat tiga tahun berturut-turut, kami dapat simpan piala itu,” tambahnya.



Politeknik Singapura sebenarnya tidak kurang hebatnya sebagai pembahas baru.



Encik Tajuddin berkata mereka antara lain telah mengetengahkan idea yang baik.



“Mereka amat bersedia dengan hujahan dan mereka dapat menyampaikan hujahan itu dengan baik.



“Namun kadangkala apabila dicelah dan dibidas, mungkin mereka kurang meyakinkan kepada pihak lawan bahawa bidasan itu tidak betul atau tidak begitu tepat,” katanya.



Namun ini tidak mematahkan semangat pelajar Politeknik Singapura itu.



Seperti yang dinyatakan salah seorang anggotanya, Hazirah Nurfitrah Md Hanifar, walaupun dirinya pernah menyertai bahas namun tidak pernah sehingga ke tahap sebegini.



Sementara itu, rakan sepasukannya yang lain pula menyertai pertandingan bahas buat kali pertama.



“Jadi untuk kami mara ke peringkat akhir, itu sudah menunjukkan kami sudah mencuba sedaya upaya kami dan kami hanya pelajar tahun kedua. Mungkin pada masa akan datang ada peluang lain untuk kami,” tambahnya, positif.



Pembahas terbaik dimenangi Zakhir Hafizin Zakariyah dari Madrasah Aljunied.



Encik Tajuddin berkata Zakhir telah menunjukkan kefasihan beliau berdebat serta beliau dapat memberikan tindak balas yang sesuai apabila dibidas mahupun diberikan soalan ketika dicelah.



Yang penting, beliau begitu spontan, candi dan dapat menggunakan bahasa yang berhemah dan bersantun ketika menyampaikan idea-idea beliau.



Zakhir pula mengongsi memang peribadinya seorang yang candi. Dalam pada itu, beliau telah memaksa diri untuk berkeyakinan diri supaya dapat meyakinkan penonton.



Pasukan Madrasah Aljunied dianggotai Muhammad Haziq Zainal, Muhammad Arif Jamaluddin, Md Syazwan Mansoor dan Zakhir Hafizin Zakariyah.



Pasukan Politeknik Singapura pula dianggotai Hazirah Nurfitrah Md Hanifar, Insyirah Syarafana Mohd Ikbal, Siti Nur Aryani Jumade dan Nur Aqilah Nirwan.



Cik Rahayu turut hadir sebagai tetamu terhormat di acara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >