Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Madrasah Alsagoff jalani peningkatan, nikmati kemudahan baru

Mar 27, 2022 | 05:51 PM



PELAJAR di Madrasah Alsagoff Al-Arabiah akan menikmati  kemudahan  dan sekitaran lebih baik  selepas sekolah itu menjalani beberapa peningkatan.

Di bawah Projek Waqaf, peningkatan itu antara lain  menyaksikan pembinaan lif dan menaik taraf dewan solat serta dewan serba guna, di samping  pemasangan prasarana teknologi lebih baik.

Majlis pelancaran lif diadakan pada Sabtu (26 Mac), dengan Mayor  Daerah Central, Cik Denise Phua, merasmikan acara itu.





Sekolah itu dalam satu kenyataan pada Ahad (27 Mac)  menyatakan projek itu akan membantu memberi yang terbaik kepada  pelajarnya dan akan memastikan usaha ke arah membangunkan pendidikan Islam berterusan.

Lif  baru itu akan meningkatkan kemudahan di sekolah itu. Prasarana  baru lain termasuk akses pejalan kaki berbumbung, mengoptimumkan kawasan lapang dan peningkatan sekitaran bangunan itu.

Semasa ucapan perasmiannya pada majlis itu, pengetua sekolah itu, Ustaz Syed Mustafa Alsagoff, berkata:



 



“Hari ini pada 2022, 110 tahun sejak majlis perasmian sekolah... kami berada di sini untuk meraikan satu lagi peristiwa penting dalam prasarana sekolah.

“Kami berharap dapat terus menyediakan program bermutu  kepada pelajar kami dan melahirkan cendekiawan Islam  berpandangan ke hadapan dalam masa terdekat”.

Selain itu, pihak sekolah turut memperkenalkan dua biasiswa baru di majlis itu bagi menyokong  pelajar.



Dua biasiswa  itu ialah Syed Muhammad Ahmed (SMA) Anugerah Sarjana Muda (Sekolah Rendah) dan Anugerah Sarjana Muda SMA (Sekolah Menengah).

Anugerah itu akan diberikan kepada tiga pelajar terbaik yang telah menamatkan pendidikan sekolah rendah dan menengah masing-masing di Madrasah Alsagoff.

Biasiswa bagi murid sekolah rendah akan menampung yuran sekolah tahun pertama, berjumlah $2,400, manakala penerima biasiswa sekolah menengah akan melihat yuran sekolah mereka dibayar  sepenuhnya sepanjang pelajaran mereka.

Pengarah urusan syarikat penghantaran POS TKI, Encik Mohamed Anwar Tahar, menaja jumlah penuh $17,250 bagi biasiswa peringkat sekolah menengah, manakala penderma tanpa nama menyokong biasiswa peringkat sekolah rendah tahun ini.

Dua biasiswa baru itu adalah tambahan kepada Biasiswa SMA sedia ada yang dilancarkan pada 2011 bagi pelajar untuk melanjutkan pelajaran dengan kursus yang berkaitan dengan masyarakat Islam di Singapura.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >