Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Madrasah Alsagoff sediakan Infaq Giro bagi kumpul dana

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



MADRASAH Alsagoff Al-Arabiah telah melancarkan satu wadah baru yang membolehkan para penderma melakukan amalan waqaf dan infaq pada masa yang sama.



Menurut madrasah tersebut, dana waqaf akan digunakan bagi tujuan kerja naik taraf dan ubah suai bagi kemudahan sekolah, sementara dana infaq akan digunakan bagi tujuan pendidikan secara am.



Ini sedang madrasah tersebut berharap dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya $250,000 setiap tahun menerusi wadah yang dinamakan Infaq Giro itu.



Infaq Giro merupakan salah satu inisiatif mengumpul dana bagi Madrasah Alsagoff supaya membolehkan penderma menyumbang kepada dana pendidikan pelajar sekolah tersebut buat tempoh yang lebih lama.



Ini, menurut madrasah itu, berbeza daripada projek mengumpul dana mereka yang lain.



Memberi butiran, madrasah tersebut berkata 20 peratus daripada sumbangan yang didermakan orang ramai akan disalurkan ke dana waqaf.



Dana tersebut akan bantu memperbaiki kemudahan sekolah contohnya, Disember lalu, kerja ubah suai dijalankan bagi dewan serbaguna, bilik sains dan bilik darjah supaya dapat menyediakan sekitaran yang lebih kondusif buat pelajar.



Sebahagian besar derma itu pula - 80 peratus - akan digunakan bagi dana infaq.



Pengetua sekolah itu, Ustaz Syed Mustafa Alsagoff, berkata:



"Menguruskan sebuah pusat pendidikan seperti madrasah pada zaman ini memerlukan kos yang besar demi memastikan mutu pendidikan tetap di tahap yang terbaik.



"Kami bersyukur kerana masyarakat Islam Singapura telah banyak membantu dalam memastikan program kami berjalan dengan baik. Kami masih terus mengharapkan sokongan semua dalam memastikan legasi pendidikan Islam terbaik dapat diteruskan.



"Dana Infaq Giro ini diharapkan menjadi sumber berterusan untuk dana Madrasah Alsagoff dan menjadi penyebab kepada para penderma dipermudahkan jalan ke syurga."



Orang ramai yang ingin menyumbang boleh mengisi borang di https://tinyurl.com/alsagoff-infaq-giro.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >