Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Madrasah, kelas agama alih ke dalam talian

Muis: Pusat tidak dapat laksana pembelajaran di rumah harus gantung program
May 18, 2021 | 05:30 AM



MADRASAH sepenuh masa dan kelas agama di masjid akan beralih ke pembelajaran di rumah (HBL) mulai esok.



Ini selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE) mengenai langkah lebih ketat bagi mengekangkan penularan Covid-19 dalam masyarakat, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan semalam.



Selain madrasah sepenuh masa dan kelas agama mingguan (Mempeljari Nilai-Nilai Islam Setiap Hari (aLIVE) di masjid, kelas agama yang dijalankan oleh penyedia dan pusat pendidikan Islam (IECP) juga akan beralih ke HBL.



Namun, madrasah akan terus dibuka bagi sekumpulan kecil pelajar yang ibu bapa mereka tidak dapat membuat aturan jagaan kanak-kanak alternatif, terutama yang bertugas dalam perkhidmatan penting, kata Muis.



Dalam kenyataannya, Muis berkata semua IECP harus mengalihkan program pembelajarannya ke dalam talian semasa tempoh langkah Covid-19 dipertingkat.



"Langkah ini amat digalak untuk mengurangkan ke tahap minimum risiko campur gaul antara pelajar dari kelas atau program berbeza," kata Muis.



Menurut Muis, aturan baru ini harus dilaksana hingga tempoh langkah dipertingkat Fasa Kedua pembukaan semula berakhir, atau hingga maklumat lanjut diberi.



"Pusat tidak dapat beralih ke pembelajaran dalam talian harus menggantung program mereka."



Muis berkata kelas madrasah mingguan aLIVE dan program pembelajaran agama bagi orang dewasa (ADIL) dipindahkan ke dalam talian sejak 8 Mei.



Dalam pada itu, seorang pakar daripada Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) berkata keadaan Covid-19 di Singapura pada masa ini mungkin lebih berbahaya daripada sebelum pemutus litar jangkitan tahun lalu, dan orang ramai perlu pertingkat usaha menjaga keselamatan mereka.



Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Latihan Penyakit Berjangkit di NCID, Profesor Madya David Lye, menggesa penduduk melaksana amalan yang ditetapkan pemerintah.



Selain menggesa orang ramai duduk di rumah, mengelakkan tempat yang menjadi tumpuan kumpulan besar, beliau menggesa orang ramai membentuk gelembung sosial kecil tersendiri dan hanya bertemu secara sosial anggota gelembung itu.



"Bagi ramai orang, ini adalah keluarga terdekat mereka," kata Profesor Lye, yang juga perunding kanan di Jabatan Penyakit Berjangkit Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Beliau menambah bahawa orang ramai harus memakai pelitup untuk menutup mulut dan hidung mereka ketika berjalan di taman.



Profesor Lye juga menggesa lebih ramai orang, terutama yang lebih berusia, mendaftar bagi vaksinasi apabila tiba giliran mereka.



Pesanan Profesor Lye itu disebar melalui wadah WhatsApp, dan NCID telah mengesahkan bahawa pesanan itu disampaikan oleh beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >