Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Madrasah mampu pupuk pelajar yakin, harungi cabaran semasa: Masagos

Turut ucap tahniah pelajar yang catat keputusan baik peperiksaan GCE 'O'
Jan 14, 2022 | 05:30 AM



MADRASAH, dengan sokongan rakan masyarakat dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dapat melengkapkan pelajar dengan sumber yang diperlukan untuk memupuk generasi asatizah seterusnya yang bukan sahaja yakin, malah mampu membimbing masyarakat mengharungi dunia yang kian kompleks.



Namun, usaha tersebut tidak selesai di sini, bahkan banyak lagi usaha yang boleh dilakukan untuk terus melengkapi para asatizah terutama berhubung isu-isu baru dan kontemporari.



Menulis di Facebook malam tadi, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menjelaskan, usaha tersebut adalah perlu terutama dalam masyarakat majmuk seperti Singapura.



"Dengan sokongan Muis dan rakan kongsi masyarakat, madrasah kita dapat mempersiapkan para pelajar dengan sumber-sumber yang perlu untuk melahirkan barisan pelapis asatizah masa hadapan yang yakin serta berkebolehan dalam membimbing masyarakat kita mengharungi cabaran kompleks dalam dunia yang terus berubah-ubah.



"Sebagai asatizah dalam sebuah masyarakat majmuk dan rencam, kami akan berusaha untuk memperlengkapkan barisan asatizah kita agar mereka berpengetahuan tentang isu-isu kontemporari dan berhubungan dengan masyarakat lain demi membina Singapura yang bersatu padu," kata beliau.



Dalam catatan di Facebooknya itu, Encik Masagos turut mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah menerima keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'O' kelmarin, termasuk 275 pelajar madrasah yang menduduki peperiksaan tersebut tahun lalu.



"Saya berbangga para pelajar kita berjaya menunjukkan prestasi yang baik. Mereka juga menunjukkan kesungguhan dan ketabahan serta daya usaha yang membanggakan walaupun di tengah-tengah pandemik ini," katanya.



Encik Masagos turut memberi contoh dua pelajar - Aminah Fairouz Adlee Nazree dari Madrasah Al-Ma'arif dan Mishel Maryam Nasir dari Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah - yang berjaya meraih markah baik dalam peperiksaan itu.



Aminah Fairouz memperoleh lima gred A dan tiga gred B meskipun terlepas menduduki satu kertas peperiksaannya kerana dijangkiti Covid-19 semasa musim peperiksaan.



Mishel Maryam pula muncul pelajar terbaik madrasah dengan memperolehi sembilan gred A.



Pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah itu, yang mahu mengejar cita-citanya menjadi seorang doktor, merancang mengikuti kursus bio-perubatan di politeknik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >