Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PIALA DUNIA

Maghribi catat sejarah; penyokong di sini turut raikan

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



SEBILANGAN warga Singapura yang merupakan peminat bola sepak Maghribi turut meraikan pasukan mereka menjadi negara pertama Afrika mara ke separuh akhir Piala Dunia, dengan sorakan seperti berpesta sama ada di rumah masing-masing atau di Stadium Al Thumama, Qatar



Kemenangan 1-0 ke atas Portugal bukan hanya diraikan di Maghribi, malah penyokong di Singapura seperti Encik Heikal Gani, bersama-sama rakan-rakannya di rumah, manakala Encik Zamree Mustapha dan keluarga, yang menyaksikan di Qatar, turut memuji apa yang mereka lihat sebagai kemenangan bersejarah dunia Afrika dan Arab.



Bagi warga Maghribi yang telah menetap di Singapura selama 23 tahun, Encik Shuaib Silm, yang juga penduduk tetap di sini, berkata:



"Kami, warga Maghribi secara kolektif berbangga dengan kemenangan hebat ini. Kemenangan ini tidak terhad kepada negara kami sahaja, malah ia adalah kemenangan untuk seluruh negara Islam, Arab dan Afrika.



"Kami berdoa dan berharap yang terbaik pada separuh akhir. Namun mara ke separuh akhir itu sendiri sudah menjadi detik bersejarah buat kami."



Seorang lagi warga Maghribi, Cik Safia El Rhazi, yang merupkan pengasas Walima Singapura dan tinggal di Singapura sejak lapan tahun lalu, berkata:



"Kami telah melakukannya sebelum ini dan kami percaya kami boleh melakukannya pada separuh akhir.''



Perancis menjadi pasukan harapan untuk mempertahankan kejuaraannya dalam perlawanan separuh akhir menentang Maghribi setelah mengalahkan England.



Bagi Encik Heikal pula, beliau menyokong Maghribi kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan negara itu kerana sebagai pemilik dan pengasas La Fez Cafe & Bakery, yang terletak di East Coast Road, restorannya menghidangkan masakan Maghribi.



"Saya telah lima enam kali ke Maghribi dan negara ini dekat dengan diri saya sehingga saya membuka restoran dengan kulinari Maghribi pada Mac 2021," ujar Encik Heikal.



Encik Zamree, yang berada di Qatar, pula berkata:



"Senjata kemenangan Maghribi dalam padang kerana bermain sangat cemerlang dan sangat-sangat bersatu. Moga mereka berjaya beri kejutan lagi.''



Encik Zamree turut menyaksikan peminat Maghribi memenuhi stadium di Qatar dengan sorakan gamat.



Kemenangan itu bukan hanya diraikan di Maghribi dan di pusat bandar Rabat, malah penyokong bersemangat dari Abidjan di Ivory Coast, Paris hingga Riyadh di Arab Saudi.



Mereka membunyikan hon kenderaan yang berirama, orang ramai melompat sambil mengibarkan bendera Maghribi - sebahagian daripada lautan manusia yang memenuhi pusat-pusat bandar dengan suasana hiruk-pikuk kemenangan.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >