Mahasiswa gabung bantu golongan susah
Kerjasama antara persatuan bahasa dan budaya Melayu dari NUS, NTU, SMU dan SIM
EMPAT persatuan bahasa dan budaya Melayu dari universiti setempat menggembleng tenaga untuk menganjurkan acara Ramadan 'ERTI V4RSITI' bagi golongan kurang bernasib baik.
Ia termasuk Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Institut Pengurusan Singapura (SIM).