LENSA MILENIAL: PANDANGAN
Mahasiswa imbas 'perjalanan' daripada ITE ke SIT
Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Lensa Milenial kali ini meninjau pencapaian warga yang tidak kenal erti menyerah kalah dan mempunyai keinginan menimba ilmu.
May 22, 2017 | 05:30 AM
SEMASA di sekolah menengah saya diletakkan dalam aliran Normal Teknikal.
Selepas tamat peperiksaan peringkat N, pilihan saya hanya ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) namun saya tidak lihat laluan itu sebagai jalan mati.