Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:07
Setempat

Mahasiswa Yale-NUS yang didakwa rakam video ‘upskirt’ wanita di kampus digantung pihak universiti

Oct 03, 2019 | 02:20 PM

MAHASISWA Yale-NUS yang didakwa di mahkamah pada Selasa (1 Oktober) atas kesalahan mengambil video bawah skirt atau ‘upskirt’ wanita dan merakam mereka sedang mandi di kampus telah digantung persekolahannya sejak Mac, menurut kenyataan dari kolej tersebut pada pagi Khamis (3 Oktober).

"Brandon Lee Bing Xiang, seorang pelajar di Kolej Yale-NUS, didakwa di mahkamah kerana mencabul kehormatan seorang lagi pelajar," Profesor Joanne Roberts, naib presiden eksekutif bagi perihal akademik di Kolej Yale-NUS mendedah kepada media apabila ditanya. 

"Dia digantung pelajarannya sehari selepas Kolej diberitahu mengenai kejadian pada Mac 2019,” kata Profesor Roberts, yang enggan memberi maklumat lanjut mengenai pelajar lelaki 26 tahun itu atas sebab kes itu masih berlangsung.

Lee didakwa menggunakan telefon bijak untuk merakam sekurang-kurangnya empat wanita, dan menghadapi 24 tuduhan telah menceroboh privasi wanita untuk mencabul kehormatannya.

Dokumen mahkamah mendedahkan bahawa kesalahan itu berlaku antara Ogos 2017 dengan 3 Mac 2019.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian