Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahasiswi NUS dakwa lelaki ekorinya, buat laporan polis

Oct 12, 2019 | 03:11 PM



SEORANG mahasiswi Universiti Nasional Singapura (NUS) mendakwa beliau diekori seorang lelaki tidak dikenalinya, yang mencuba mengambil gambar ‘upskirt’ (dalam skirt)  di stesen MRT Kent Ridge pada Rabu (9 Oktober).



Pelajar itu sudah membuat laporan polis, dan pihak polis sedang menjalankan siasatan.



Menurut laporan The New Paper, dalam posnya di media sosial, pelajar itu menulis bahawa seorang penumpang lain memberitahunya yang lelaki itu telah mengekorinya buat sekian lama. Pada satu ketika, lelaki itu diperhatikan telah berlutut di belakang pelajar seolah mengikat tali kasutnya. 



Penumpang tersebut juga memaklumkan pelajar itu bahawa beliau melihat lelaki itu mengambil gambarnya dalam kereta api.



Menurut mahasiswi NUS itu, lelaki itu menghilangkan diri apabila penumpang tersebut mendekati beliau dan memaklumkan tentang kelakuannya yang mencurigakan. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >