Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Mahathir: Malaysia akan beri keputusan mengenai khidmat rel laju Singapura-KL tidak lama lagi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mahathir: Malaysia akan beri keputusan mengenai khidmat rel laju Singapura-KL tidak lama lagi

May 23, 2018 | 02:44 PM

KEPUTUSAN berkenaan projek besar seperti khidmat rel laju Singapura-Kuala Lumpur (HSR) akan diberikan “tidak lama lagi”, kata Perdana Menteri Mahathir Mohamad hari ini. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, yang diadakan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama pemerintah baru Malaysia yang dilantik pada 9 Mei. 

Perjanjian untuk membina rel sepanjang 350 kilometer antara Singapura dan Malaysia itu telah dimeterai pada 2016 di bawah pemerintahan perdana menteri Najib Razak, namun Dr Mahathir berkata selepas kuasa diserahkan kepada pakatannya, perjanjian tersebut akan disemak. 

Semasa sidang media Rabu lalu, Dr Mahathir juga mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), yang telah memimpin rundingan untuk HSR di bawah pemerintah lama, akan dimansuhkan. 

Tugas Spad kini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan, tambahnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3