Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Agung beri amaran tentang e-mel pancing data mengandungi surat mahkamah palsu

Jan 19, 2022 | 08:01 PM



TERDAPAT siri e-mel pancingan data yang kononnya dihantar pihak mahkamah dan meminta orang ramai agar memberikan keterangan peribadi mereka seperti nombor kad pengenalan dan nama, jelas Mahkamah Agung yang memberi amarannya pada Rabu (19 Januari).



E-mel tersebut memberitahu penerima mereka diberi surat mahkamah dengan dokumen yang dikongsi menerusi khidmat hos fail Dropbox Business.



E-mel pancingan data ini dikirim menerusi e-mel info1@judiciary.gov.sg  oleh "Supreme Judiciary Council" dan mengandungi fail PDF dengan tajuk "GOV.SG-LETTER011822.PDF".



E-mel sebegini biasanya meminta butiran peribadi seperti nama dan keterangan identiti termasuk kad pengenalan dan nombor identiti asing individu.



Sesiapa yang menerima e-mel sebegitu tidak harus memberi respons atau mendedahkan sebarang butiran peribadi atau perbankan pada si pengirim, jelas Mahkamah Agung.



Ia juga menggesa orang awam agar lebih berhati-hati dan tidak memuatturunkan sebarang atakmen atau klik pada pautan URL yang disediakan dalam e-mel ini.



Pihak mahkamah tidak menggunakan nama domain @judiciary.gov.sg untuk mengirim e-mel kepada orang awam atau meminta keterangan untuk dikirimkan menerusi Dropbox Business. Sebagai tambahan, hanya pelayan pemproses sahih yang boleh mengeluarkan dokumen guaman.



Jika kehadiran seseorang itu diperlukan di mahkamah atau jika seseorang diperlukan memberi keterangan, mereka akan menerima notis registrar atau urusan surat menyurat daripada mahkamah.



Mereka yang mempunyai pertanyaan berhubung dengan kes sebegini boleh menghubungi Pendaftar Mahkamah Agung di e-mel supcourt_registry@supcourt.gov.sg atau hubungi talian 6557-7495.



Bagi nasihat berhubung dengan penipuan, mereka juga boleh hubungi talian bantuan antipenipuan yang dikendalikan oleh Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan pada talian 1800-722-6688.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >