MAHKAMAH Agung telah mengarahkan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) melantik sebuah firma perakaunan 'Big Four' selepas pencalonan terkini mereka ditolak HDB kerana dianggap tidak mempunyai kelulusan yang sesuai.
Firma perakaunan 'Big Four' ialah empat syarikat perakaunan terbesar di Singapura - PricewaterhouseCoopers (PwC), KPMG, Ernst & Young dan Deloitte.