Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Australia arah warga S'pura dibicara semula bagi tuduhan Ice $6j

Oct 28, 2015 | 01:13 PM



Sebuah mahkamah Australia mengarahkan perbicaraan semula bagi seorang warga Singapura yang dituduh mengimport dadah Ice bernilai hingga A$6 juta ($6.1 juta), selepas juri gagal mencapai keputusan sebulat suara.


Keputusan tergantung itu dibuat bulan lalu selepas perbicaraan lima hari V. Jayakody, 75 tahun, yang berhujah dia tidak tahu mengenai kandungan sebuah beg yang dibawanya dari Shanghai ke Perth.


Bekas aktivis terkemuka kesatuan sekerja di Singapura itu menjadi setiausaha eksekutif Kesatuan Pekerja Pelabuhan Singapura selama 10 tahun dari 1972.


Jayakody ditahan di Lapangan Terbang di Perth Julai tahun lalu selepas pegawai Kastam Australia menemui kira-kira 1.753 kilogram dadah Ice gred tinggi tersembunyi di dasar beg pakaian besarnya yang juga mengandungi pakaian dan beg tangan.


Dia mendakwa mendapat beg pakaian itu di Shanghai, apabila dia pergi ke sana untuk menandatangani dokumen bagi satu perjanjian perniagaan melibatkan seorang bernama Rolland Edward.


Jayakody mendakwa dia bersetuju pergi ke Perth - dibayar oleh Encik Edward - untuk menandatangani dan mengambil dokumen bagi perjanjian tersebut dan menyerahkan beg itu.


Perjalanan itu berkaitan urusan perniagaan enam bulan lebih awal dengan Encik Edward, seorang banker dari Burkina Faso yang bersetuju melabur AS$7 juta ($9 juta) dalam syarikatnya yang berpangkalan di Singapura.


Menurut sebuah laporan dalam sebuah akhbar Perth, The West Australian, peguamnya, Encik John Sebelum, memberitahu juri Jayakody diperdaya oleh penipu dalam talian dan diumpan oleh penipu.


Pada akhir perbicaraan, juri 12 anggota tidak mendapat keputusan sebulat suara yang diperlukan untuk sabitan.


Oleh itu, Mahkamah Agung Australia Barat di Perth mengarahkan perbicaraan semula dan lima hari telah diketepikan pada Februari depan untuk kes tersebut didengar lagi.


Jayakody diperintah ditahan sementara menunggu perbicaraan, tetapi ikat jamin mungkin boleh dimohon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >