Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES DUA SAMAN FITNAH KE ATAS THE ONLINE CITIZEN

Mahkamah beri PM Lee bayaran ganti rugi $210,000 bagi dua saman fitnah

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



MAHKAMAH Tinggi telah memberi Perdana Menteri Lee Hsien Loong bayaran ganti rugi sebanyak $210,000 bagi dua saman fitnah berhubung satu rencana yang diterbitkan di laman web The Online Citizen (TOC).



Encik Lee juga telah menyaman ketua editor TOC Terry Xu dan penulis rencana yang diterbitkan pada 15 Ogos 2019 itu, seorang warga Malaysia bernama Cik Rubaashini Shunmuganathan.



Rencana yang bertajuk "PM Lee's wife Ho Ching weirdly shares article on cutting ties with family members" (Isteri PM Lee, Ho Ching, peliknya kongsi rencana tentang memutuskan hubungan dengan anggota keluarga) menukil laman Facebook oleh adik Encik Lee, Dr Lee Wei Ling, dengan mengatakan bahawa bapa mereka, Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, telah terpedaya oleh Encik Lee untuk mempercayai bahawa rumah keluarga mereka di 38 Oxley Road telah diwartakan oleh pemerintah.



Cik Rubaashini tidak hadir untuk mempertahan dirinya dalam kes saman itu dan penghakiman dibuat dengan berpihak kepada Encik Lee.



Dalam penghakiman 64 halaman oleh mahkamah semalam, Hakim Audrey Lim berkata beliau tidak dapat menerima kesimpulan Encik Xu bahawa Encik Lee telah memperdaya Encik Lee Kuan Yew untuk mempercayai bahawa rumah itu telah diwartakan, dengan niat yang tersembunyi.



"Sebaliknya, bukti menunjukkan bahawa (Encik Lee) telah menyokong keinginan (Encik Lee Kuan Yew) untuk merobohkan rumah itu kerana beliau ingin menghormati keinginan bapanya," ujar Cik Lim.



Tambahnya, bukti juga menunjukkan bahawa Encik Lee prihatin bahawa keluarga itu tidak harus meraih keuntungan kewangan daripada pembangunan semula tapak rumah itu untuk mengelak daripada tanggapan bahawa rumah itu dirobohkan dan tapaknya dibangunkan semula bagi keuntungan kewangan.



Hakim turut mendapati bahawa Encik Lee tidak memperdaya Encik Lee Kuan Yew atau memberitahunya bahawa rumah itu telah diwartakan dan tidak mempunyai sebab untuk melakukan demikian.



Namun, Encik Lee memberitahu Encik Lee Kuan Yew bahawa Kabinet mungkin ingin memelihara rumah itu jika isu ini dikemukakan kepada mereka.



Hakim turut menarik perhatian bahawa dalam satu e-mel pada 19 Julai, dengan adik-beradiknya turut mendapat salinan, Encik Lee memberitahu Encik Lee Kuan Yew bahawa adalah lebih selamat untuk membangunkan semula tapak itu semasa beliau masih hidup.



Encik Lee berkata pemerintah akan menghadapi tekanan besar kemudian untuk memperoleh rumah itu dan menjadikannya monumen negara, dengan ramai menteri Kabinet akan menyokongnya.



Bagaimanapun, e-mel itu menunjukkan bahawa Encik Lee menyokong keinginan Encik Lee Kuan Yew untuk merobohkan rumah tersebut serta menggalak bapanya membangunkan semula tapak rumah itu semasa beliau masih hidup.



Hakim mengarahkan Encik Xu membayar ganti rugi sebanyak $210,000, termasuk ganti rugi umum $160,000 dan ganti rugi lebih berat $50,000.



Beliau turut memerintah Encik Xu agar tidak menerbitkan atau menyebarkan dakwaan yang palsu dan berbaur fitnah lagi.



Bagi saman terhadap Cik Rubaashini, Cik Lim mengarahkan ganti rugi umum sebanyak $160,000.



Bagaimanapun, Cik Lim berkata Encik Lee tidak harus diberi pampasan dua kali kerana saman fitnah itu berhubung rencana yang sama.



Oleh itu, beliau berkata kedua-dua Encik Xu dan Cik Rubaashini harus bertanggungjawab bersama bagi jumlah ganti rugi $160,000 itu.



Ini bermakna Encik Lee boleh menuntut $160,000 daripada Encik Xu atau Cik Rubaashini tetapi tidak daripada kedua-duanya.



Setiausaha akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin, berkata Encik Lee ingin menderma bayaran ganti rugi itu kepada badan amal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >