Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Britain tolak ekstradisi pengasas WikiLeaks

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Seorang hakim Britain memutuskan kelmarin bahawa pengasas WikiLeaks Julian Assange tidak patut diserah balik ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan jenayah termasuk melanggar undang-undang pengintipan, menyatakan masalah kesihatan mentalnya bererti dia mempunyai risiko bunuh diri.



Amerika Syarikat berkata ia akan terus berusaha mendapatkan penyerahan balik Assange yang merupakan kelahiran Australia dan pendakwa Amerika Syarikat bersedia mengemukakan rayuan keputusan kelmarin kepada Mahkamah Tinggi London.



Amerika Syarikat menuduh lelaki berusia 49 tahun itu atas 18 kesalahan berkaitan pembocoran banyak maklumat rahsia diplomatik dan rekod tentera sulit Amerika Syarikat oleh WikiLeaks yang menurut mereka meletakkan nyawa dalam bahaya.



Peguam Assange akan berusaha mendapatkan ikat jamin hari ini untuk klien mereka, yang telah meluangkan kebanyakan masanya pada dekad lalu sama ada dalam penjara atau kurungan yang dikenakan sendiri.



"Kami akan terus berusaha mendapatkan penyerahan balik Encik Assange ke Amerika Syarikat," kata kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sambil menambah bahawa Amerika Syarikat telah memenangi semua perkara di sisi undang-undang, termasuk perbicaraan berkaitan kebebasan ucapan dan motivasi politik.



Pasukan undang-undang Assange berpendapat bahawa seluruh pendakwaan itu disebabkan tekanan daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dan penyerahan balik Assange akan mendatangkan ancaman teruk terhadap kebebasan akhbar. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >