Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Perlindungan dari Gangguan ditubuhkan mulai hari ini

Tangani kes terbit butiran peribadi dalam talian, ancam orang lain
Jun 01, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH mahkamah baru yang akan menangani kes-kes gangguan secara khusus, seperti yang melibatkan doxxing - menerbitkan butiran peribadi seseorang di dalam talian - dan perbuatan mengancam orang lain, akan ditubuhkan di sini mulai hari ini.



Mahkamah Perlindungan Daripada Gangguan itu akan mendengar semua tuntutan gangguan jenayah dan sivil, kata Kementerian Undang-Undang dan Mahkamah Negara dalam kenyataan bersama semalam.



Namun, mahkamah itu mungkin tidak akan menguruskan tuntutan berhubungan prosiding sivil atau keluarga yang dianggapnya boleh diputuskan dengan lebih adil, segera dan selepas mengambil kira kos, di mahkamah lain.



Proses mahkamah yang dipermudah akan digunakan di mahkamah baru ini bagi beberapa jenis permohonan tertentu, termasuk bagi perintah perlindungan (PO) dan perintah lain berhubung kepalsuan, jika tuntutan tersebut memenuhi kriteria tertentu.



Perbicaraan juga akan dijalankan oleh mahkamah baru itu secara lebih cepat, supaya mangsa boleh mendapat bantuan dalam masa terdekat.



Ia menetapkan matlamat mendengar perbicaraan bagi perintah perlindungan dipercepat (EPO) dalam tempoh 48-72 jam permohonan itu dibuat, atau dalam tempoh 24 jam apabila kes melibatkan keganasan atau mempunyai risiko keganasan berlaku.



Ia juga bertujuan mendengar permohonan PO dalam tempoh empat minggu selepas permohonan itu diserahkan kepada mahkamah.



Beberapa perubahan kepada Akta Perlindungan Daripada Gangguan (Poha) yang bertujuan mempertingkat perlindungan bagi mangsa gangguan juga akan berkuat kuasa hari ini.



Seorang mangsa yang memohon bagi PO terhadap orang yang mengganggunya tidak perlu membuktikan sebarang peruntukan undang-undang dalam Poha telah dilanggar, jika pesalah itu pernah didapati bersalah bagi sebarang kesalahan di bawah Poha atau kesalahan lain berhubung perbuatan mencederakan orang lain.



Hakim yang meluluskan EPO dalam kes ketara melibatkan kecederaan atau gangguan kini perlu menimbangkan sama ada kes tersebut perlu dikenakan siasatan jenayah, dan jika ini diputuskan, merujuk kes-kes tersebut kepada polis bagi siasatan lanjut.



PO dan EPO juga akan dilanjutkan untuk melindungi orang yang mempunyai hubungan dengan mangsa, kerana individu-individu sedemikian juga mungkin diganggu oleh pesalah yang sama.



Perubahan baru ke atas Poha ini juga menjelaskan bahawa perintah pengecualian domestik, yang melarang responden daripada memasuki rumah atau bahagian rumah pemohon, juga boleh diberikan dan dianggap sebahagian PO.



"Ini memastikan perlindungan lebih baik bagi mangsa yang mungkin tinggal serumah dengan pengganggu," kata kenyataan itu semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >