Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Rayuan arah perbicaraan semula bagi dua lelaki yang menanti ke tali gantung kerana dakwaan edar dadah

Sep 23, 2021 | 10:38 PM



MAHKAMAH Rayuan telah mengarah perbicaraan semula diadakan bagi dua lelaki yang kini menanti hukuman gantung kerana kesalahan mengedar dadah.



Dalam arahan bertulisnya yang dikeluarkan pada Khamis (23 September), mahkamah tersebut berkata tuduhan ke atas Imran Mohd Arip dan Tamilselvam Yagasvranan juga telah dipinda.



Dua individu ini adalah antara tiga lelaki yang dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi pada 2019 kerana terlibat dalam kes 2017 di mana dadah diamorfin atau heroin seberat 19.42 gram diedarkan.



Akta Penyalahgunaan Dadah menetapkan hukuman gantung jika heroin yang diedarkan melebihi 15 gram.



Imran, Tamilselvam dan seorang lagi lelaki, Encik Pragas Krissamy, bertemu pada 8 Februari di koridor tingkat empat Blok 518 Jurong West Street 52.



Encik Pragas dikatakan mengeluarkan beg plastik putih berisi heroin daripada beg galasnya dan menyerahkannya kepada Imran sebelum beredar bersama Tamilselvam.



Tiga lelaki ini ditangkap tidak lama selepas transaksi itu dibuat.



Menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Imran, yang ketika itu berusia 49 tahun, disabitkan dengan satu kesalahan terlibat dalam konspirasi bersama dua lelaki lain dalam mengedar dadah.



Tamilselvam, yang ketika itu 32 tahun dan Encik Pragas, yang ketika itu 34 tahun, setiap seorang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah kepada Imran, dengan pelanjutan niat serupa.



Encik Pragas mengekalkan pendiriannya sewaktu perbicaraan dengan mengatakan beliau menyangka apa yang dibawa adalah rokok kontraban dan tidak tahu ia merupakan dadah.



Perintah Mahkamah Rayuan bagi perbicaraan semula pada Khamis menyusuli pembebasan Encik Pragas pada Disember tahun lalu.



Antara lain, mahkamah mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa Encik Pragas mempunyai "syak yang jelas, berasas dan disasarkan" bahawa beliau sebenarnya membawa dadah.



Pada masa itu, mahkamah mengarahkan agar tuduhan ke atas Imran dan Tamilselvam dipinda, mengambil kira pembebasan Encik Pragas dan penemuan terhadap dua individu ini.



Imran kini berdepan dengan tuduhan berkomplot dengan Tamilselvam untuk mengedar dadah.



Tamilselvam pula didakwa dengan satu kesalahan mengedar dadah dengan mengirimnya kepada Imran secara bersama dengan Encik Pragas.



Dalam arahan bertulisnya, Mahkamah Rayuan mendapati kedua-dua lelakin ini enggan mengesahkan bahawa pembelaan mereka kekal sama dengan tuduhan dipinda itu serta bukti mereka kekal sama dengan yang diakui dalam perbicaraan sebelum ini.



Tamilselvam juga memberikan penjelasan bahawa dia ingin mengemukakan pembelaan baru sewaktu perbicaraan semula, kata mahkamah tersebut, antara pelbagai perkara lain.



Mahkamah Rayuan, justeru itu, mengarahkan agar perbicaraan semula dibuat bagi kedua-dua lelaki.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >