Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Rayuan benarkan janda Indonesia tuntut pembahagian harta di Singapura

Oct 11, 2019 | 12:15 PM



SEORANG wanita Indonesia, yang menceraikan suami yang menderanya, meminta Mahkamah Rayuan di Singapura untuk membahagikan harta kondominium Seaview dan telah diberi kebenaran oleh mahkamah itu untuk mulakan prosiding. 



Bekas suaminya yang didapati bersalah mendera  isteri dan anak-anaknya di Jakarta, belum menjalani hukuman.



Dia  telah mencabar tindakan isterinya itu dan mendakwa isterinya telah "memalsukan" sijil perceraian mereka dan menegaskan bahawa kes tersebut tidak patut didengar di Singapura.



Menurut laporan The Straits Times, satu keputusan bertulis dikeluarkan mahkamah pada Rabu (9 Oktober), mendapati isterinya mempunyai alasan yang mencukupi bagi kes itu diteruskan.



Ini merupakan keputusan Mahkamah Rayuan yang pertama yang melibatkan peruntukan yang diperkenalkan dalam Piagam Wanita pada 2011.



Di bawah piagam itu,   pihak yang diceraikan boleh mendapatkan bantuan kewangan selepas menjalani penceraian di sebuah negara asing.



Pasangan warga Indonesia itu telah berkahwin pada 1995 dan mempunyai tiga anak dalam lingkungan usia antara 10 dengan 22 tahun. Kesemua mereka merupakan penduduk tetap (PR) Singapura.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >