Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Rayuan tangguh pengadilan bagi aduan terhadap peguam Lee Kuan Yew

Jan 19, 2022 | 11:00 PM



MAHKAMAH Rayuan sedang mempertimbangkan isu tatacara yang nadir dan boleh menjejas sama ada peguam Kwa Kim Li akan berdepan dengan tribunal tatatertib di atas aduan bahawa beliau gagal memusnahkan wasiat terdahulu perdana menteri pengasas, Encik Lee Kuan Yew.



Aduan itu adalah salah satu daripada empat aduan yang dibuat Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling yang merupakan wasi estet Encik Lee kepada Persatuan Guaman pada 2019 terhadap Cik Kwa berkaitan dengan cara beliau menangani wasiat bapa mereka.



Cik Kwa membantu Encik Lee Kuan Yew untuk menulis draf enam wasiat antara Ogos 2011 dengan November 2012.



Aduan yang disifatkan sebagai yang pertama dibuat mendakwa bahawa Cik Kwa gagal mengikuti arahan Encik Lee untuk menghapuskan wasiat yang telah digantikan.



Ia bangkit daripada e-mel yang Cik Kwa kirimkan kepada tiga anak Encik Lee Kuan Yew selepas kematiannya pada 2015, di mana beliau menyatakan: "Setiap kali (Encik Lee) menandatangani wasiat baru, beliau akan meminta saya menghapuskan wasiat lama. Saya berupaya menyatukan salinan yang dibatalkan."



Pada Rabu (19 Januari), Mahkamah Rayuan dengan lima hakimnya menangguh pengadilan mereka selepas mendengar bahawa pertengkaran yang kebanyakan masa berkaitan dengan kuasa Majlis Persatuan Guaman untuk merujuk perkara itu semula kepada jawatankuasa siasatan untuk dipertimbangkan semula.



Di bawah undang-undang, aduan terhadap peguam diperiksa jawatankuasa siasatan yang kemudian membuat usulan kepada Majlis Persatuan Guaman bagi menentukan sama ada aduan itu harus dilanjutkan untuk disiasat secara rasmi oleh tribunal tatatertib.



Di dalam kes Cik Kwa, jawatankuasa siasatan mengeluarkan laporan pada Mei 2020 mengusulkan bahawa dua daripada empat aduan termasuk pengadu pertama boleh dirujukkan kepada tribunal tatatertib.



Majlis Persatuan Guaman kemudian mengemukakan soalan kepada jawatankuasa siasatan.



Dalam laporan kedua pada Ogos 2020, jawatankuasa siasatan mengubah pendiriannya bagi aduan pertama selepas mendengar penjelasan Cik Kwa.



Antara lain, Cik Kwa menyatakan beliau menggunakan perkataan "menghapuskan" secara basahan untuk menjelaskan impak pembatalan wasiat kepada orang awam.



Bagaimanapun, jawatankuasa siasatan tetap berpandukan prinsipnya mengenai satu lagi aduan.



Persatuan Guaman ini merancang meneruskan langkah susulan dengan aduan kedua.



Namun pada April tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarah dua lagi aduan termasuk yang pertama harus disiasat secara formal.



Berkenaan dengan aduan pertama, Hakim Mahkamah Tinggi Valerie Thean berkata salah secara prosedur bagi Persatuan Guaman merujuk perkara itu semula kepada jawatankuasa siasatan.



Hakim Thean berkata apabila jawatankuasa siasatan mengusulkan siasatan formal, Majlis Persatuan Guaman tiada kuasa untuk merujuk kes itu semula untuk pertimbangan semula.



Persatuan Guaman kemudian merayu berkenaan aduan pertama.



Pada Rabu, Penasihat Kanan Undang-Undang Gregory Vijayendran yang mewakili Persatuan Guaman menegaskan bahawa pihak majlis masih boleh meminta laporan lanjutan walaupun laporan awal jawatankuasa siasatan mengusulkan siasatan formal.



Beliau menambah saluran bagi laporan lanjutan merupakan jaringan keselamatan bagi mengenal pasti kesalahan dan butiran yang hilang dalam laporan pertama.



Penasihat Kanan Undang-Undang Abraham Vergis yang bertindak bagi pihak Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee menegaskan bahawa Parlimen tidak secara jelas menganugerahkan kuasa itu pada pihak majlis.



Menurutnya lagi, pihak majlis terpaksa menentukan perlu ada siasatan formal sejurus jawatankuasa siasatan mengusulkan tindakan sedemikian.



Pertengkaran juga berlaku mengenai sama ada kekata "menghapuskan" itu bermaksud mengoyakkan wasiat. 



Ketua Hakim Sundaresh Menon mempersoal apa yang Cik Kwa maksudkan memandangkan beliau menyertakan salinan wasiat yang "dihapuskan" dalam e-mel kepada adik-beradik Lee.



Beliau juga merujuk pada wasiat yang mempunyai perkataan "cancelled" (dibatalkan) dicap pada semua tiga halaman.



Hakim Chao Hick Tin bertanya Encik Vergis apakah tujuan aduan ini pula.



Hakim Chao bertanya: "Mengapa kita mewujudkan masalah yang persis skala raksasa ini daripada sesuatu yang bukan masalah?"



Encik Vergis pula berkata aduan itu hanyalah khusus pada kegagalan mengikuti arahan ekspres Encik Lee Kuan Yew.



Beliau menambah apabila Cik Kwa menggunakan perkataan "menghapuskan" pada 2015, ia mestilah bermaksud sesuatu yang melebihi daripada pembatalan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >