Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES GEREJA CITY HARVEST

Mahkamah Rayuan tangguh penghakiman

Aug 02, 2017 | 05:30 AM



MAHKAMAH Rayuan menangguhkan penghakiman bagi kesemua enam bekas pemimpin Gereja City Harvest (CHC).



Pendakwa semalam menjejaki sejarah penggubalan undang-undang berhubung penggelapan wang - sejauh undang-undang England kurun ke-19 - ketika mempertikai bahawa kesemua pemimpin CHC itu, yang menyalahgunakan jutaan dana gereja, dihukum di bawah peruntukan salah.



"Ini latihan tafsiran kanun," kata Timbalan Peguam Negara Hri Kumar Nair apabila peguam kanan itu memulakan pembentangan.



Menurut pihak pendakwa raya, kesemua enam pemimpin, termasuk pengasas CHC, harus dihukum mengikut kesalahan tuduhan pecah amanah (CBT) yang lebih berat sebagai "ejen" di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.



Di bawah seksyen itu, hukuman lebih berat berbanding tuduhan pecah amanah biasa di bawah Seksyen 406.



Isunya ialah tafsiran seksyen 409, terutama sama ada pengarah syarikat atau yang mempunyai peranan yang sama seperti keenam-enam pemimpin CHC itu, harus dihukum di bawah hukuman lebih serius.



Hal tersebut dibentangkan di depan lima hakim di Mahkamah Rayuan.



April lalu, majoriti panel tiga hakim Mahkamah Tinggi membebaskan kesemua enam anggota itu daripada tuduhan sebagai ejen CBT.



Sebaliknya, mereka didakwa atas tuduhan CBT biasa.



Justeru, tempoh hukuman penjara mereka antara 21 bulan dengan lapan tahun telah dikurangkan menjadi antara tujuh bulan dengan tiga setengah tahun.



Seksyen 409 menjadikannya suatu kesalahan bagi seseorang menggelapkan harta yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya "dalam cara perniagaannya sebagai pengurus bank, pedagang, broker, peguam atau ejen".



Namun, majoriti hakim mendapati peruntukan hanya buat "ejen profesional" yang menawarkan khidmatnya sebagai ejen atau bekerja sebagai ejen. Pengarah seperti kesemua enam CHC tidak boleh disifatkan sebagai "ejen".



Ketika menjatuhkan hukuman berlandaskan fahaman bahawa pengarah seperti kesemua enam pemimpin CHC itu tidak didapati bersalah sebagai ejen, mahkamah melencong daripada kedudukan undang-undang yang wujud di Singapura sepanjang 40 tahun lalu.



Langkah tersebut mempunyai kesan lebih besar kerana itu akan menjejas bagaimana pengarah syarikat yang didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah dana syarikat didakwa pada masa depan.



Pihak pendakwa kemudian membuat permohonan rujukan jenayah yang jarang dilakukan bagi mendapatkan penghakiman muktamad daripada Mahkamah Rayuan serta mengembalikan dakwaan asal di bawah Seksyen 406.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >