Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Rayuan tolak hukuman lebih berat bagi Kong Hee dan pemimpin gereja lain

Feb 01, 2018 | 04:50 PM



MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak permohonan pihak pendakwa raya agar hukuman yang dikenakan ke atas pengasas Gereja City Harvest (CHC), Kong Hee, dan lima individu lain dari gereja itu dikembalikan ke hukuman asal iaitu tempoh penjara yang lebih panjang.



Keputusan lima hakim mahkamah tertinggi di Singapura itu menutup lembaran kes mahkamah CHC yang melibatkan Kong dan lima individu lain tersebut yang menyalahgunakan dana gereja sehingga berjuta dolar.



Dengan keputusan terkini Mahkamah Rayuan, Kong, 53 tahun serta timbalan paderi kanan, Tan Ye Peng, 45 tahun; bekas pengurus kewangan, Serina Wee, 41 tahun; dan bekas anggota jawatankuasa kewangan, John Lam, 50 tahun, akan terus menjalani hukuman penjara mereka sekarang yang telah dikurangkan kepada antara satu setengah dengan tiga setengah tahun sebelum ini.



Mereka mula menjalankan hukuman penjara itu April lalu, menurut akhbar The Straits Times.



Bekas pengurus kewangan CHC, Sharon Tan, 42 tahun, telah selesai menjalani hukuman penjara tujuh bulan.



Sementara itu, bekas pengurus dana, Chew Eng Han, 57 tahun, yang menghadapi hukuman penjara tiga tahun empat bulan telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menanti keputusan mahkamah.



Atas permintaannya, dia dibenarkan mula menjalani hukuman penjaranya selepas cuti Tahun Baru Cina, iaitu pada 22 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >