Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Rayuan tolak lagi usaha saat akhir Jabing Kho untuk elak digantung

May 20, 2016 | 02:35 PM



MAHKAMAH Rayuan lima hakim menolak pada Jumaat (20 Mei) satu lagi percubaan saat akhir untuk menggantung pelaksanaan hukuman mati ke atas pembunuh yang telah disabitkan, Jabing Kho.



Para hakim itu mendengar rayuan tersebut dengan segera selepas peguam yang juga seorang ahli politik pembangkang, Cik Jeannette Chong-Aruldoss, memfailkan rayuan saat akhir lewat Khamis malam.



Kho, 31 tahun, dari Sarawak, dijadualkan digantung pagi Jumaat kerana membunuh seorang pekerja binaan, Encik Cao Ruyin, pada 2008. Dia memukul warga China itu di kepala dengan dahan pokok ketika merompak beliau. Mangsa, yang tengkoraknya berkecai akibat beberapa keretakan, meninggal dunia enam hari kemudian.



"Mahkamah ini tidak harus dilihat sebagai alat untuk melemahkan proses undang-undang. Kami tidak boleh membenarkan permohonan yang dibuat pada saat akhir, satu demi satu," kata Hakim Rayuan Chao Hick Tin.



Hakim Chao berkata beliau hairan Cik Chong-Aruldoss memfailkan saman pemula, yang merupakan satu permohon sivil, sedangkan ia adalah satu perkara jenayah.



Beliau berkata kes tersebut telah selesai dan mahkamah telah menyatakan dalam penghakimannya pada April bahawa ia telah sampai ke penghujungnya.



"Sistem undang-undang akan mendapat nama buruk jika kita membenarkan sistem itu ditenggelamkan dengan cara ini.



"Kami berada di sini untuk mengekalkan maruah mahkamah. Kami tidak boleh membenarkan proses undang-undang ditenggelamkan," katanya.



Peguam kanan negara, Encik Francis Ng, berkata Kho berulang kali memfailkan permohonan saat akhir. Pada setiap kali, peguam berbeza muncul tetapi hujahnya sama sahaja. Beliau menggesa mahkamah supaya menolak rayuan menggantung pelaksanaan hukuman itu kerana ia tidak ada merit.



Saudara perempuan Kho secara berasingan mengarahkan peguam Gino Hardial Singh memfailkan usul jenayah di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan hukuman mati itu, dan Cik Mrs Chong-Aruldoss supaya memfailkan permohonan sivil di Mahkamah Tinggi.



Usul Encik Singh ditolak sebulat suara pada Khamis petang oleh Mahkamah Rayuan lima hakim, yang berkata langkah undang-undang Kho itu satu penyalahgunaan proses mahkamah dan hujah-hujahnya yang berasaskan isu berat sebelah semu jelas salah.



Pada petang Khamis pula, Cik Chong-Aruldoss berhujah di depan pesuruhjaya kehakiman bagi menggantung pelaksanaan hukuman Kho. Beliau gagal, tetapi diberi kebenaran memfailkan rayuan sebelum 11 malam hari itu.



Cik Chong-Aruldoss menepati tempoh itu, sekali gus mengelakkan Kho daripada digantung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >