Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Syariah perlu rintis pembangunan undang-undang keluarga

Presiden kanan baru Mahkamah Syariah kongsi harapan, hala tuju mahkamah
Oct 04, 2020 | 05:30 AM



SEBAGAI satu-satunya mahkamah di Singapura yang mentadbirkan pengadilan dalam bidang undang-undang keluarga Islam, Mahkamah Syariah mesti berada di depan pembangunan undang-undang tersebut, kata Presiden Kanan mahkamah itu, Cik Guy Ghazali.



Beliau juga menekankan peri pentingnya untuk terus mempertingkat proses dan pentadbiran Mahkamah Syariah demi memenuhi keperluan masyarakat Islam setempat dan pihak berkepentingan, dengan antara yang dilakukan kini ialah usaha digitalisasi bagi proses mahkamah.



Cik Guy, 38 tahun, dilantik sebagai Presiden Kanan Mahkamah Syariah baru-baru ini, sekali gus menjadi wanita pertama menyandang jawatan penting itu.



Beliau menggantikan Ustaz Alfian Yasrif Kuchit, yang mengundurkan diri daripada jawatan itu selepas 30 September lalu.



Mengongsi pandangannya tentang masyarakat Islam setempat dalam satu wawancara khas dengan Berita Minggu (BM), Cik Guy berkata masyarakat telah berkembang maju dan keperluan mereka juga berbeza jika dibandingkan dengan tempoh sedekad atau dua dekad yang lalu.



Dengan lebih banyak perkahwinan antara kaum dan rentas sempadan hari ini, Mahkamah Syariah juga menangani kes yang lebih rumit daripada sebelumnya.



"Orang ramai secara umumnya lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Mereka lebih tahu tentang hak mereka dan kedudukan undang-undang yang harus diambil. Oleh itu, kami melihat lebih pelbagai soalan undang-undang yang dikemukakan bagi mahkamah tangani.



"Kami juga melihat kes-kes dengan unsur rentas sempadan dan kerumitan yang timbul daripada lebih banyak perkahwinan antara kaum dan perspektif berbeza dalam asuhan anak-anak disebabkan gaya dan falsafah keibubapaan yang berlainan," kata beliau.



Cik Guy mula berkecimpung dalam bidang undang-undang selepas menggenggam ijazah sarjana muda undang-undang dengan kepujian dari Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2005.



Beliau seorang pegawai khidmat perundangan di Perkhidmatan Perundangan Singapura, dan merupakan Hakim Daerah serta Penolong Pendaftar di Mahkamah Keadilan Keluarga hingga 31 Julai lalu.



Sebelum menyertai Mahkamah Keadilan Keluarga, beliau merupakan peguam litigasi yang berkhidmat terutamanya dalam bidang undang-undang keluarga.



Semasa zaman persekolahannya dulu, Cik Guy aktif bergiat dalam peraduan bahas peringkat sekolah menengah anjuran Kelab Coretan Remaja Berita Harian (BH).



Mengalu-alukan pelantikan Presiden Kanan dengan latar belakang dalam undang-undang sivil dan Islam, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata pengalaman dan pengetahuan sedemikian akan membolehkan Mahkamah Syariah memenuhi keperluan keluarga Islam yang berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat dengan lebih baik.



"Dengan pengetahuan mendalam Cik Guy Ghazali dalam sistem perundangan Singapura dan pengalamannya dalam undang-undang keluarga Islam menerusi tugasnya di Lembaga Rayuan, saya yakin beliau berada dalam kedudukan baik untuk menerajui Mahkamah Syariah dan membangun asatizah kita yang boleh menjadi hakim Mahkamah Syariah pada masa depan," kata beliau.



Laporan-laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >