Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Syariah, ROMM manfaat proses digital: Pindaan Amla

Mahkamah Syariah, ROMM boleh jalan akad nikah melalui kaedah komunikasi elektronik yang dilulus seperti saluran video, pautan telekomunikasi langsung
Feb 15, 2022 | 05:30 AM



MAHKAMAH Syariah (SYC) dan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) tidak lama lagi boleh memanfaatkan proses digital bagi hal berkaitan pentadbiran mahkamah dan pernikahan selepas pindaan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) diluluskan Parlimen semalam.



Misalnya, SYC dan ROMM boleh menjalankan prosiding mahkamah atau akad nikah melalui kaedah komunikasi elektronik yang diluluskan, seperti saluran video atau pautan telekomunikasi langsung, dalam situasi yang sesuai.



Sementara itu, SYC akan memanfaat sebuah sistem teknologi maklumat (IT) dan proses digital baru yang akan mempertingkat pengurusan kes dan komunikasi bersama pihak yang terlibat dalam prosiding perceraian dan peguam mereka.



Dalam bacaan kedua Rang Undang-Undang Pentadbiran Hukum Islam (Pindaan) di Parlimen semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pindaan itu tidak bertujuan menggantikan kaedah tradisional prosiding secara fizikal, tetapi membolehkan SYC, Lembaga Rayuan dan ROMM menggunakan kaedah digital mengadakan prosiding jika keadaan memerlukannya.



Encik Masagos berkata digitalisasi adalah perlu jika institusi ingin menyediakan bantuan yang relevan dan berkesan kepada masyarakat, dengan pandemik Covid-19 telah menjadikan ia lebih penting.



"Pandemik telah memerlukan norma dan tabiat baru yang tidak kami pertimbangkan sebelum 2020.



"Kami telah mempelajari kepentingan memanfaatkan teknologi bagi keadaan luar jangkaan, supaya kami dapat mengurangkan gangguan kepada penyampaian perkhidmatan," kata beliau.



Misalnya, ROMM menggunakan teknologi persidangan video bagi akad nikah selepas Pejabat Mufti mengeluarkan irsyad pada 2020 yang menjelaskan bahawa penggunaan teknologi sedemikian dibenarkan dalam undang-undang Islam, dan untuk memastikan keselamatan semua di tengah-tengah pandemik.



Sejak Mei 2020, akad nikah bagi hampir 100 pasangan - sekitar 1 peratus daripada kesemua perkahwinan Islam - telah diadakan secara digital semasa pandemik Covid-19.



Dalam bahas rang undang-undang itu semalam, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) dan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap (GRC Aljunied), telah mengutarakan keprihatinan sama ada penggunaan teknologi akan memberi impak terhadap kesucian dan rasa tanggungjawab pasangan dalam perkahwinan.



Menjawab keprihatinan itu, Encik Masagos berkata kadi akan terus menekankan tentang kesucian perkahwinan dan tanggungjawab pasangan terhadap satu sama lain.



Bagi permohonan perkahwinan yang melibatkan pasangan bawah umur berhubung sama ada pernikahan secara alam maya akan dibenarkan, Encik Masagos berkata kesemua pihak dan ibu bapa mereka mesti menghadiri sesi fizikal bersama kadi yang akan menilai persediaan pasangan bagi perkahwinan dan juga tahap sokongan dari ibu bapa.



Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) pula telah menekankan bahawa dalam langkah melaksanakan prosiding secara digital, adalah penting untuk memastikan setiap pihak dapat memberikan kenyataan dan mendapatkan perwakilan secara adil, penuh dan bebas dari ancaman atau ugutan.



Beliau telah memberi contoh kes yang berlaku di Amerika tahun lalu, di mana perbicaraan mahkamah dalam talian dihentikan selepas pihak pendakwa raya menyedari mangsa dan pesalah yang menganiayanya berada dalam bilik yang sama.



Encik Masagos berkata matlamat umum adalah untuk memastikan semua perbicaraan SYC secara alam maya dilakukan dalam cara yang adil, selamat dan privet, mengikut undang-undang dan garis panduan amalan SYC.



"Jika terdapat sebarang sebab di mana pembicaraan secara alam maya mungkin menjejas keadilan prosiding, SYC akan mengaturkan sebuah perbicaraan fizikal diadakan, di mana mahkamah SYC merupakan lokasi yang ditetapkan.



"Jika terdapat risiko serius keganasan, bilik mahkamah berasingan boleh disediakan di SYC. Ini satu langkah tambahan di samping protokol keselamatan sedia ada yang diambil bagi semua kes mahkamah, seperti kehadiran polis di setiap perbicaraan mahkamah.



Turut diluluskan Parlimen semalam ialah Rang Undang-Undang Insentif Pengembangan Ekonomi (Pelepasan daripada Cukai Pendapatan) (Pindaan), dan Rang Undang-Undang Rampasan Pesawat dan Perlindungan Pesawat dan Lapangan Terbang Antarabangsa (Pindaan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >