Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah tangguh keputusan kes rayuan libat transkrip Lee Kuan Yew

Apr 10, 2017 | 03:45 PM



MAHKAMAH Rayuan hari ini (10 Apr) mendengar rayuan terakhir melibatkan waris mendiang Encik Lee Kuan Yew dengan Pemerintah berkenaan transkrip wawancara mantan perdana menteri itu, lapor akhbar The Straits Times.



Waris mendiang Encik Lee telah mengemukakan satu rayuan pada tahun lalu, selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa sedang waris mendapat hakcipta bagi transkrip wawancara tersebut, ia bagaimanapun tidak mempunyai hak penjagaan ke atas transkrip itu atau berhak untuk menggunakannya secara sewenang-wenang.



Transkrip berkenaan mengandungi kenyataan mengenai ehwal negara sepertimana yang diperhatikan dan dialami oleh Encik Lee.



Wawancara itu diadakan semasa beliau menyandang jawatan perdana menteri dan ia dilakukan sebagai sebahagian daripada projek sejarah lisan pemerintah pada tahun-tahun 80an.



Hari ini, peguam yang mewakili waris menghujahkan bahawa mereka harus dibenarkan membuat salinan transkrip itu.



Menurut mereka, selain tugas Encik Lee sebagai seorang perdana menteri, wawancara itu juga mengandungi maklumat peribadi mengenai diri dan keluarganya.



Beberapa maklumat ini telah pun disiarkan oleh pihak media, hujah mereka.



Mengikut konteks ini menurut mereka, bukanlah sesuatu yang tidak munasabah bagi pihak waris mendapatkan bahan itu dan membuat salinannya.



Pejabat Peguam Negara (AGC) yang mewakili pemerintah, bagaimanapun berhujah bahawa hanya hak terhad bagi transkrip itu yang telah diserahkan kepada pihak waris menyusuli kematian mendiang pada 23 Mac 2015.



Menurut AGC, beberapa bahan yang terkandung dalam transkrip wawancara itu, secara politiknya adalah sensitif dan menyentuh tentang ehwal negara.



Berkenaan soal tersebut, peguam bagi pihak waris pula berkata, ia terikat dengan Akta Rahsia Rasmi, dan boleh didakwa sekiranya bahan itu disebarkan.



Tiga hakim Mahkamah Rayuan - Ketua Hakim Sundaresh Menon, Hakim Chao Hick Tin dan Hakim Andrew Phan - memutuskan untuk menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.



Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang, merupakan wasi bagi harta pusaka mendiang Encik Lee, telah mengemukakan tuntutan di mahkamah pada 2015 bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa kesemua hak untuk transkrip wawancara adalah milik pusaka keluarga menyusuli kematian mantan perdana menteri itu.



Mendiang Encik Lee telah menandatangani satu perjanjian dengan Setiausaha Kabinet dan Pengarah Arkib pada 1983 yang menentukan syarat bagi penggunaan dan pentadbiran transkrip berkenaan.



Di bawah syarat-syarat itu, ia akan disimpan oleh Setiausaha Kabinet sehingga 2000, atau lima tahun selepas kematian Encik Lee, menurut yang mana terjadi kemudian.



Semasa tempoh penangguhan ini, tiada siapa yang punya kemudahan untuk mendapatkan transkrip itu, membekalkan salinan atau berpeluang menggunakannya tanpa mendapat izin bertulis daripada mendiang Encik Lee.



Selepas tempoh itu, Pemerintah mungkin akan menyerahkan transkrip kepada Pengarah Arkib.



Pihak waris telah menghujahkan bahawa mereka seharusnya mempunyai hak sepenuhnya terhadap transkrip itu selepas kematian Encik Lee.



Bagaimanapun, Pemerintah menghujahkan bahawa hak Encik Lee untuk memberi izin bagi penggunaan transkrip itu, kemudahan untuk mendapatkannya, atau membuat salinan daripadanya, adalah satu keputusan peribadi mendiang.



Hakim Tay Yong Kwang, dalam keputusannya pada September lalu, memutuskan bahawa bukanlah niat mendiang Encik Lee untuk membenarkan waris bebas menggunakan atau mendapat hak penjagaan bagi transkrip tersebut.



Menurut hakim itu, sedang pihak waris sememangnya mempunyai hakcipta transkrip berkenaan, ia hanyalah untuk memastikan Pemerintah menuruti syarat perjanjian yang dimeterai.



Berdasarkan perjanjian itu, transkrip itu juga seharusnya disimpan oleh Setiausaha Kabinet.



Tetapi selepas kematian Encik Lee, ia ditemui di rumahnya di Oxley Road.



Seorang anggota keluarga mendiang telah menyerahkannya kepada Setiausaha Kabinet sekitar 23 Mac 2015 dan 5 Mei 2015, tanpa pengetahuan atau izin pihak waris.



Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Dr Lee dan Encik Lee mahu mengemukakan tentang bagaimana hal ini terjadi, tetapi Hakim Tay tidak membenarkannya, dengan menyatakan perincian mengenainya "akan hanya mengalih perhatian daripada isu sebenar" dan tidak perlu dan tidak begitu sesuai untuk kes ini.



Dr Lee dan Encik Lee pada mulanya telah memohon untuk merayu terhadap keputusan tersebut, tetapi menarik balik permohonan pada 21 Oktober tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >