Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Tinggi arah pemblog Sze Hian bayar PM Lee $133,000 kerana fitnah

Mar 25, 2021 | 05:30 AM



MAHKAMAH Tinggi telah mengarahkann pemblog dan penasihat kewangan Leong Sze Hian supaya membayar Perdana Menteri Lee Hsien Loong $133,000 kerana telah melakukan fitnah.



Jumlah itu merangkumi $100,000 sebagai ganti rugi am dan $33,000 sebagai ganti rugi teruk.



Encik Leong telah disaman kerana berkongsi di laman Facebooknya tentang satu rencana daripada laman berita Malaysia The Coverage yang mengaitkan Encik Lee secara palsu, dengan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Malaysia.



Hakim Aedit Abdullah dalam penghakiman bertulis semalam berkata Encik Leong melakukan hal itu "tanpa mempersoal tentang kebenarannya" dan menunjukkan "sikap tidak menghiraukan sama ada rencana itu benar ataupun tidak".



"Jika dilihat secara kumulatif keengganannya meminta maaf di atas kata-kata fitnah itu, niat jahat mungkin boleh dibuat berdasarkan fakta," kata Hakim Aedit.



Peguam Encik Lee telah menuntut ganti rugi sebanyak $150,000, bersesuaian dengan apa yang diberikan dalam kes fitnah sebelumnya, yang melibatkan pemblog Roy Ngerng.



Tetapi Hakim Aedit mengatakan bahawa dalam kes Encik Leong, terdapat "dasar yang terhad untuk memberikan ganti rugi tersebut".



"Niat jahat dalam kes ini, tidak seperti beberapa kes lain yang disebutkan kepada saya, ia tidak melibatkan defendan dengan sengaja mencatatkan sesuatu yang beliau tahu sebagai palsu pada masa memuat turunnya dan juga tidak melibatkan seorang defendan yang berkeras menekankan kebenaran mengenai dakwaan fitnahnya hingga ke akhirnya, walaupun ada bukti yang jelas menunjukkan sebaliknya."



Hakim itu menambah bahawa beliau akan menangani isu kos secara berasingan.



Menjawab pertanyaan media, setiausaha akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin, berkata perkara itu telah diputuskan oleh hakim, justeru, Encik Lee tidak ada apa-apa lagi untuk menambah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >