Mahkamah Tinggi benar bapa homoseksual warga Singapura ambil anak angkat yang dilahir ibu tumpang, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:07
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Mahkamah Tinggi benar bapa homoseksual warga Singapura ambil anak angkat yang dilahir ibu tumpang

Dec 17, 2018 | 08:00 PM

MAHKAMAH Tinggi, dalam keputusan yang dianggap mercu tanda, telah meluluskan rayuan seorang lelaki warga Singapura untuk mengambil anaknya - yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang di Amerika Syarikat - sebagai anak angkat.

Lelaki itu,  seorang doktor berusia 46 tahun, telah membawa pulang anak lelakinya yang dilahirkan di Pennsylvania itu ke Singapura, tetapi permohonannya untuk mengambil anak lelaki berusia lima tahun itu sebagai anak angkat tahun lalu, ditolak hakim daerah.

Mendedahkan sebab keputusannya itu pada Isnin (17 Disember), mahkamah rayuan yang dibentuk tiga hakim itu menekankan bahawa tindakannya untuk menerbalikkan keputusan mahkamah daerah adalah berdasarkan ‘fakta khusus berkenaan kes itu dan tidak seharusnya dianggap sebagai menyokong perbuatan yang di perayu dan pasanganny.’

“Keputusan kami dicapai dengan melaksankan undang-undang sebagaimana kami memahimnya, dan bukan berdasarkan perasaan kita tentang kedudukan sebarag pihak” kata Hakim Besar Sundaresh Menon, mewakili mahkamah yang turut dibentuk Hakim Rayuan Judith Prakash dan Hakim Debbie Ong.

Mahkamah Tinggi berkata kesudahan itu sesuatu yang sukar untuk diputuskan, kerana antara lain, ada keprihatinan bahawa ia melanggar dasar awam yang menentang pembentukan unit keluarga orang tua sejantina.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Namun, ia berkata sebab-sebab itu tidak mencukupi untuk mendorongnya supaya tidak mengendahkan kebajikan anak dan kebajikan kanak-kanak itu adalah ‘yang terpenting dan paling diutamakan’.

Bapa kanak-kanak itu, dan pasangannya, kededuanya lelaki warga Singapura berusia 46 tahun telah tinggal serumah selama 13 tahun.

Mereka pernah bertanya kepada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) tentang perkara berhubung mengambil anak angkat, tetapi diberitahu kementerian itu besar kemungkinan tidak akan memberi sokongan kepada perbuatn pasangan homoseksual untuk mengambil anak angkat.

Justeru, lelaki itu mendapatkan kdhimat seorang ibu tumpang di Amerika, yang mengandungkan dan melahirkan kanak-kanak lelaki itu, dengan bayaran AS$200,000 (S$275,000).

Sebagai bapa kandung, warga Singapura itu dibenar membawa kanak-kanak itu kembali ke Singapura. Beliau memulakan prosedur mengambil anak angkat bagi mendapat pengiktirafan rasmi tentang hubungannya degan kanak-kanak itu. Namun permohonannya ditolak Mahkamah Daerah.

Justeru, lelaki itu mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi (Divisyen Keluarga).

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map