Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Tinggi kurangi hukuman jel pensubahat kes dadah, tegur mahkamah daerah

Aug 25, 2016 | 11:38 AM



MAHKAMAH Tinggi mengurangkan hukuman penjara seorang pensubahat dalam satu kes dadah dari tujuh tahun kepada empat tahun dan enam bulan, tetapi menegur mahkamah daerah kerana terkhilaf dalam memenjarakan pesalah utama enam tahun dan bukannya 15 tahun.



Hakim Besar Sundaresh Menon dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada Rabu (24 Ogos) menegaskan adalah tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membantu mahkamah yang menjatuhkan hukuman, yang secara eksklusif ditugas memutuskan hukuman.



"Namun, adalah kewajipan mahkamah yang menjatuhkan hukuman untuk menilai kekuatan pendirian yang diambil pihak pendakwaan, yang bagi pihaknya pula, wajib membentangkan bahan-bahan relevan di depan mahkamah untuk membolehkannya membuat kesimpulan sendiri mengenai apa yang harus menjadi hukumannya," kata beliau.



Ini kali pertama sebuah kes melibatkan soal hukuman bagi seorang yang bersubahat dari luar Singapura dalam perbuatan jenayah di Singapura sejak peruntukan itu diperkenal ke dalam undang-undang pada 2013.



K. Saravanan Kuppusamy, 35 tahun, mengaku mengarahkan, semasa di Malaysia pada 31 Julai 2014, Kannan Reti Nadaraja supaya membawa masuk 10.38gram heroin ke Singapura menggunakan motosikal.



Kannan, 25 tahun, pesalah utama, ditangkap esoknya di Pusat Pemeriksaan Tuas.



Dia didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun dan rotan lima kali bagi tuduhan dikurangkan kepada mengimport 9.99g heroin.



"Kannan benefisiari hukuman amat ringan dan ini diminta oleh pihak pendakwaan. Saya membuat kesimpulan dalam hal keadaan ini bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Kannan salah pada dasarnya," kata Hakim Besar Menon.



Seorang hakim daerah memutuskan pada April bahawa Kuppusamy, sebagai pensubahat, dalam kedudukan lebih tinggi dalam hierarki itu dan lebih bersalah daripada Kannan, yang merupakan "alat semata-mata".



Beliau menerima hujah pendakwaan bahawa perbuatan mereka adalah satu tindakan bersindiket, dan memutuskan hukuman Kuppusamy tidak boleh lebih ringan daripada hukuman Kannan.



Kuppusamy, melalui peguamnya, Encik Too Xing Ji, merayu bulan ini dengan alasan hakim tersalah menggunakan prinsip pariti dan terkhilaf dalam memutuskan tindakan itu sebagaia sebahagian daripada satu sindiket.



Pendakwa Wong Woon Kwong dan Chan Yi Cheng membalas bahawa Kuppusamy lebih bersalah daripada Kannan, lanta tuduhan ke atas Kannan dikurangkan.



Hakim Besar Menon berkata hujah pendakwa itu "lari" dan "akibat salah faham tentang bagaimana pesalah utama dan sikunder harus dihukum dalam kes itu".



Beliau berkata Kuppusamy mungkin lebih bertanggungjawab daripada Kannan, tetapi mereka didakwa dengan kesalahan berbeza, dan hukuman penjara Kuppusamy harus ditentukur mengikut pelbagai hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan yang dilakukannya.



Beliau berkata oleh kerana kesalahan bersubahat Kuppusamy tidak hampir dengan kesalahan paling serius di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, dia tidak harus dikenakan hukuman penjara yang tempohnya dalam julat tertinggi bagi kesalahan itu.



Namun, hukuman Kannan pula terlalu ringan dan dia seharusnya dihukum penjara 15 tahun, yang sudah pun lebih ringan daripada hukuman bagi kesalahan serius di bawah Akta itu, yang termasuk hukuman mati dan penjara seumur hidup.



Hakim Besar Menon berkata bukti tidak mencukupi untuk menunjukkan Kuppusamy sebahagian daripada satu sindiket.



Beliau berkata Kuppusamy juga mengaku bersalah, lantas menjimatkan kos perbicaraan penuh, yang merupakan satu faktor mitigasi bagi mengurangkan hukuman penjara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >