KES URUS TADBIR MAJLIS BANDARAN ALJUNIED-HOUGANG-PUNGGOL EAST (AHPETC)
Mahkamah Tinggi tolak permohonan lantik akauntan bebas bagi majlis bandaran kendalian WP
Hakim: * Kewajipan AHPETC untuk pastikan pentadbiran dan kewangan dikendalikan dengan sempurna Jika * AHPETC sebuah syarikat, ia boleh dikenakan tindakan sivil, jenayah
May 28, 2015 | 05:30 AM
MAHKAMAH Tinggi tidak akan melantik akauntan bebas untuk menyelia geran pemerintah bagi majlis bandaran yang dikendalikan Parti Pekerja (WP).
Hakim Quentin Loh berkata permohonan Kementerian Pembangunan Negara (MND) untuk melantik akauntan tidak berasaskan undang-undang.