Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah tolak langkah sekolah cuba tutup rapat kes libat serangan seksual muridnya

May 27, 2020 | 10:20 AM



PENDAFTAR mahkamah telah menolak langkah sebuah sekolah untuk menutup rapat kes atau mengadakan prosiding di dalam kamera bagi tuntutan kecuaian oleh ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang didakwa diserang oleh rakan lelaki sedarjahnya.



Pendaftar memutuskan bahawa perintah melindungi nama kedua-duanya kanak-kanak dan semua aspek yang membawa kepada pengecaman mereka, termasuk nama sekolah, sudah mencukupi.



Perintah menutup rapat kes, jika diizinkan, bererti masyarakat tidak akan dibenarkan untuk memeriksa atau membuat salinan dokumen mahkamah yang telah difailkan. 



"Perintah Tutup Rapat Menyeluruh yang diminta oleh sekolah itu adalah berlebihan," kata Timbalan Pendaftar Mahkamah Negara, Encik Patrick Tay, dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada 13 Mei lalu.



Beliau menolak langkah memerintahkan perintah menutup rapat kes secara menyeluruh atau perintah tutup rapat sebahagian kes itu, tetapi memerintahkan "menarik keluar semua rujukan yang membawa kepada pengecaman (budak lelaki dan perempuan). Plaintif telah menawarkan untuk membantu melakukannya, dan saya memerintahkannya untuk berbuat demikian ".



Yang menjadi persoalan ialah sama ada sekolah atau budak lelaki itu - yang juga berusia tujuh tahun - akan dikenal pasti sekiranya pemeriksaan fail kes dibenarkan.



Timbalan Pendaftar Tay mengatakan, penarikan keluar maklumat adalah "alternatif yang boleh dilaksanakan" yang akan melindungi identiti mereka dan "tidak mengganggu kepentingan orang ramai terhadap keadilan terbuka".



Juga, sesiapa yang memohon akses fail kes memerlukan persetujuan Pendaftar - sebagai perlindungan tambahan.



Ibu bapa gadis itu telah mengemukakan tuntutan ke atas sebuah sekolah antarabangsa kerana kecuaian setelah mangsa didakwa diserang di bahagian kelengkang oleh rakan sekelas lelaki di sekolah tersebut pada Mac 2018.



Ibu bapa telah menggambarkan serangan itu sebagai "serangan seksual" kepada beberapa ibu bapa lain yang mereka temui.



Mereka mendakwa sekolah itu gagal memberikan gadis itu persekitaran yang selamat dan juga mengemukakan tuntutan kerana melanggar kontrak yang berkaitan dengan pendaftaran anak mereka di sekolah tersebut.



Ibu bapa budak perempuan itu juga mendakwa sekolah berkenaan telah mengesyorkan agar kedua-dua anak itu terus berada di kelas yang sama selama tiga bulan lagi sehingga tamat Gred 1.



Ini, kata ibu bapa, akan memaksa anak perempuan mereka  melihat penyerangnya setiap hari di kelas, dan mungkin juga berinteraksi dengannya, yang akan terus membuatnya trauma. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >