Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Mahkamah tolak rayuan penculik ibu pengasas Sheng Siong

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mahkamah tolak rayuan penculik ibu pengasas Sheng Siong

Mar 22, 2017 | 12:03 PM

PENCULIK ibu pengasas rangkaian pasar raya Sheng Siong akan dipenjarakan seumur hidup dan tiga sebatan selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu (22 Mac).

Dalam kes pertama penculikan menuntut wang tebusan di Singapura lebih sedekad, Lee Sze Yong, 42 tahun, didapati bersalah menculik Cik Ng Lye Poh, ibu Encik Lim Hock Chee, pada 2014 dengan menipunya masuk ke kereta dan kemudian menuntut wang tebusan $20 juta pada tebusan daripada Encik Lim.

"Walaupun tertuduh mempunyai niat melepaskan mangsa itu di akhir hari berkenaan... ia adalah kesalahan penuh apabila dia menculik mangsa untuk mendapatkan wang tebusan," kata Hakim Besar Sundaresh Menon ketika menolak rayuan tersebut.

Lee telah meminta dihukum mati kerana tidak sanggup memikirkan "tahun-tahun hadapan yang tidak bererti" jika dia menghabiskan sisa hidupnya di penjara. Tetapi permintaannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan tiga sebatan pada Disember tahun lepas.

Hukuman Lee itu kebelakangkan pada 9 Januari 2014, hari eksekutif jualan itu ditangkap kerana menculik Cik Ng, yang ketika itu berusia 79 tahun, dan menuntut wang tebusan $20 juta daripada anaknya.

Semasa perbicaraannya tahun lepas, Lee mengaku dia bertahun-tahun memendam rancangan menculik orang kaya di Singapura untuk membersihkan hutang, yang telah meningkat kepada kira-kira $200,000. Sasaran pertamanya ialah anak jutawan pelabur Peter Lim.

Pada 2013, dia mula memperhatikan bos Sheng Siong di Hougang dan memutuskan menyasarkan Cik Ng selepas meninjau pergerakannya.

Pada pagi 8 Januari 2014, dia mendekati Cik Ng di jejantas dan bertanya dalam bahasa Hokkien jika Encik Lim adalah anaknya.

Selepas mendapat pengesahan, Lee menipu Cik Ng supaya masuk ke kereta Honda Civic yang disewanya dengan berdusta bahawa anaknya telah jatuh di pejabat. Beliau ditutup mata dan dibawa memandu selama 12 jam. Lee menelefon Encik Lim dan menuntut $20 juta, tetapi setelah berunding ia turun kepada $2 juta.

Cik Ng dibebaskan selepas Encik Lim meninggalkan beg berisi wang tunai di Sembawang Park.

Lee ditangkap di Ang Mo Kio sejurus kemudian dan membawa polis mendapatkan beg dan wang tunai yang dicampak ke semak di taman tersebut.

Walau mengakui tindakannya, Lee menegaskan dia mahu membebaskan Cik Ng malam itu walaupun jika dia tidak menerima wang tebusan.

Semasa perbicaraan, Lee juga mengakui bahawa dengan mengancam mendedahkan hubungannya dengan bekas pasangan seksualnya, Encik Heng Chen Boon, dia dapat membuat Encik Heng membantu dengan menukar kereta dan menjaga mangsa.

Encik Heng, 52 tahun, telah menjalani hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan yang dikurangkan membantu Lee menculik Cik Ng.

Terdapat hanya tiga kes penculikan menuntut wang tebusan dalam tempoh 10 tahun lalu. Kesemua pelaku ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, kata polis. - ST

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3