Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Mahligai bertahan 30 tahun walau tanpa luahan kata

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
3

Mahligai bertahan 30 tahun walau tanpa luahan kata

Suami isteri bisu dan pekak dari Australia harungi suka duka bersama, bahkan berpeluang saksikan anak nikahi gadis Singapura Seperti bapanya Encik Timty Puria yang berasal dari Pulau Cocos di Australia, Encik Aman Puria, yang kini menetap di Perth, mencari cinta dan akhirnya berumah tangga dengan gadis Singapura. Namun, selain sejarah berulang lagi selepas tiga dekad, perjalanan hidup Encik Aman cukup manis dan istimewa. Sebabnya, beliau membesar dengan bimbingan ibu bapanya yang bisu lagi cacat pendengaran. Ikuti selingkar kisah hidupnya dan bagaimana mahligai ibu bapanya bertahan selama 35 tahun di sebalik komunikasi yang terbatas dengan bahasa isyarat. BERITA MINGGU meninjau.
Apr 12, 2015 | 05:30 AM

CINTA buat Encik Timty Puria, pemuda bisu dan cacat pendengaran dari Pulau Cocos di Australia, datang bertamu sekitar 35 tahun lalu apabila beliau berkunjung ke Singapura khusus untuk mencari jodoh.

Mencari isteri senasib yang sama-sama kurang upaya lagi mampu memahami keadaannya bukanlah tugas mudah sehingga beliau perlu merantau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3