Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WARGA BERBAKTI

Mahu bangun pelapis baru paramedik

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



Baru-baru ini, seramai 48 kadet yang merangkumi 20 pegawai sepenuh masa serta 28 pegawai Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa telah lulus daripada Kursus Komander Rota ke-24 Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang berlangsung sepanjang tujuh bulan. Buat julung-julung kalinya, terdapat empat pegawai paramedik dalam perkhidmatan yang juga diberi peluang menyertai kursus itu. BERITA HARIAN telah mewawancara dua lulusan daripada kursus itu yang kini mempunyai aspirasi membangunkan potensi pegawai baru SCDF dalam masa mendatang.



SEBAGAI antara paramedik dalam perkhidmatan pertama yang diberi peluang menyertai Kursus Komander Rota (RCC), Leftenan Abdul Rahman Abdul Razak ingin melakarkan perjalanan pembangunan pemimpin baru dalam Khidmat Perubatan Kecemasan (EMS), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan membina keupayaan mereka dalam masa yang mendatang.



Dengan pendedahan baru yang diraih semasa menyertai kursus itu, beliau yang berpengalaman 19 tahun di SCDF dan menyandang jawatan sebagai ketua keseluruhan EMS di Bukit Batok kini dapat lihat operasi seharian SCDF dengan lebih menyeluruh dan bagaimana beliau dapat menyumbang kemahirannya.



Ketika diwawancara oleh media baru-baru ini, Leftenan Abdul Rahman dididik tentang bagaimana pelbagai pasukan SCDF dapat bergabung dan berfungsi sebagai sebuah entiti penyelamat dan melawan kebakaran.



"Misalnya saya dapat lihat bagaimana pasukan hazmat dan marin menjalankan operasi mereka dan menerusi itu saya dapat melihat ia semua bergabung dalam menjadikan SCDF sebagai sebuah pasukan penyelamat dan pemadam api," katanya



"Jadi antara saya dengan pegawai bomba lain yang menyertai kursus ini, sebagai pegawai EMS, saya boleh berkongsi bagaimana mangsa yang tercedera dapat dirawat sebelum menjalankan tugas memadam api, dan juga merancang panggilan yang lebih baik daripada pesakit.



"Dari segi kepimpinan operasi, saya juga dapat menyumbang dari segi bagaimana paramedik dapat mengendali pusat rawatan kecemasan untuk merawat bilangan mangsa tercedera yang besar," kata Leftenan Abdul Rahman.



Beliau menyertai RCC itu tanpa diperlukan menjalani latihan asas pemadaman api berbanding pegawai ahli bomba lain.



Dalam sekitar tiga bulan setengah beliau menyertai kursus itu pada peringkat komand dan profesional, Leftenan Abdul Rahman dan tiga lagi rakan paramediknya diajar tentang peranan kepimpinan di dalam SCDF dengan lebih mendalam.



Oleh itu, Leftenan Abdul Rahman juga bertekad membangunkan generasi pemimpin baru yang akan diiktiraf dengan kedudukan kanan sepertinya dalam bahagian EMS.



"Dalam masa yang akan datang, kami akan mempunyai lebih ramai pegawai EMS yang telah menaiki tangga kerjaya untuk memikul tanggungjawab di ibu pejabat atau menduduki jawatan staf," katanya yang sebelum ini berpangkat Pegawai Waran Dua.



Leftenan Abdul Rahman, bercerita, beliau memulakan kerjayanya dalam SCDF sebagai paramedik pada 2003 dan telah menaiki tangga kerjayanya hingga menyandang jawatan sebagai ketua keseluruhan EMS di Bukit Batok.



Sebelum ini beliau juga telah beberapa kali menyandang jawatan sebagai jurulatih di Akademi Pasukan Pertahanan Awam (CDA) di mana beliau juga menerima pelbagai anugerah atas sumbangannya dalam aspek latihan dan perancangan.



Semasa majlis tamat latihan RCC itu baru-baru ini, Leftenan Abdul Rahman juga dinobat sebagai pegawai Terbaik dalam Praktikal (perubatan).



Beliau juga bercerita, antara perkara yang memberinya kepuasan hati dan terharu dalam menjalankan tugas - iaitu apabila beliau dapat memberi kesan yang mendalam kepada pesakit atau mangsa yang dikendali mereka.



Leftenan Abdul Rahman menceritakan terdapat satu kes yang mana beliau telah membantu seorang wanita hamil melahirkan anak di tempat letak kereta setelah dipanggil oleh ahli keluarganya.



Dua minggu kemudian, semasa beliau sedang mengendali satu panggilan di poliklinik, wanita itu dan keluarganya terserempak lagi dengan Leftenan Abdul Rahman sambil menyatakan mereka tidak lupa atas budinya itu dengan penuh penghargaan.



"Kadang-kadang kami mengendali pesakit pada saat yang mereka sangat memerlukan bantuan dalam satu kecemasan, ia sukar untuk menentukan bagaimana kami telah membawa kesan kepada kehidupan mereka, dan kami pun tidak ingin melihat mereka berada dalam keadaan kecemasan lagi," kata beliau.



"Namun pada saat lain dan bukan dalam satu kecemasan, mereka menghargai kami dan itu membuat saya rasa puas hati dalam kerja ini.



"Inilah manfaat yang diperolehi dalam pekerjaan kami yang melangkaui wang atau pangkat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >