Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu gabung sains dan teknologi dengan seni

Keputusan peperiksaan untuk program Baccalaureate Antarabangsa (IB) telah diumumkan kelmarin dan pelajar Singapura yang melalui peperiksaan ini telah mencatat prestasi yang cemerlang berbanding pelajar lain di seluruh dunia. Seramai 157 pelajar Sekolah Seni Singapura (Sota) telah menduduki peperiksaan ini dan kesemua pelajar dari kohort itu telah lulus. BERITA HARIAN menemu ramah dua pelajarnya yang mengambil program diploma IB di sini.
Jan 06, 2021 | 05:30 AM



PENDEDAHANNYA kepada bidang seni bermula dari kecil lagi. Dari usia yang muda, Izz Muhammad Ahmad selalu menghadiri pembukaan seni bapanya, Encik Ahmad Abu Bakar, seniman dan juga pensyarah seni seramik di Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan juga pameran seni rakan-rakan bapanya.



Ibunya, Cik Norreha Sayuti, pula seorang pereka.



Maka tidak hairanlah jika darah seni mengalir di dalam keluarga ini.



"Saya mula mencipta rekaan seni sendiri seperti pistol mainan yang dibuat daripada kertas sejak di bangku sekolah dan selalu menonton video YouTube untuk mencipta sesuatu yang unik dan menarik bagi saya," kata bekas pelajar Sekolah Rendah Sengkang ini.



"Saya juga mula melukis watak-watak anime kegemaran saya dan kemudian mula melukis watak-watak ciptaan saya sendiri."



Dengan minatnya di dalam bidang seni, beliau memutuskan melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Seni Singapura (Sota).



Pelajar berusia 18 tahun ini ialah salah seorang pelajar dari 157 pelajar Sekolah Seni Singapura (Sota) yang telah menerima sijil International Baccalaureate (IB) mereka.



Dia telah berjaya meraih 39 mata daripada 45 markah keseluruhan.



Minatnya bukan sahaja di dalam bidang seni. Dia juga mempunyai kecenderungan di dalam bidang sains dan teknologi, terutama sekali di dalam subjek fiziks dan pengekodan.



"Sejak kecil, saya suka melakukan eksperimen sains dan saya banyak video berkaitan dengan sains di YouTube."



"Saya amat meminati Richard Feynman, seorang ahli fizik terkemuka dari Amerika Syarikat," tambahnya lagi.



Minatnya terhadap kedua-dua subjek ini memberinya insiprasi untuk mengetuai sebuah projek Kreativiti, Aktiviti dan Perkhidmatan (CAS) dalam bidang pengekodan bersama rakan-rakannya.



Beliau juga telah mengambil bahagian di dalam peraduan Olimpiad Nasional dalam Informatik untuk meningkatkan kemahirannya dalam bidang ini.



Ditanya tentang cabarannya menjalankan projeknya sewaktu pandemik, dia akur ia agak mencabar untuk mengimbangi masa.



"Tahun 2020 agak mencabar kerana banyak perkara yang perlu saya jalankan. Saya kini lebih pandai mengimbangi masa saya dengan menulis aktiviti yang akan saya lakukan di dalam sebuah buku."



Tentang harapan masa depannya, pemuda ini berhasrat menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana muda di Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD).



"Saya ingin menggabungkan minat saya di dalam bidang seni dengan sains dan teknologi untuk mencipta sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat dan meningkatkan kehidupan kita," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >