Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NAUFAL, STAF SARJAN KANAN DI UNIT POLIS MASYARAKAT

Mahu hapuskan stigma 'polis garang'

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



MATLAMAT utamanya adalah untuk menghapuskan imej "polis garang" yang masih jadi anggapan ramai.



Oleh kerana masih ramai yang mengaitkan kehadiran pegawai polis untuk menangkap penjenayah, Staf Sarjan Kanan (SSSGT) Muhammad Naufal Mohd Diah, 35 tahun, berazam untuk membuktikan bahawa peranan mereka tidak hanya terhad kepada tangkap penjenayah.



Beliau yang kini berkhidmat di Unit Polis Masyarakat (CPU) sedar pentingnya membina hubungan yang baik dengan anggota masyarakat dan ini dapat dilakukan melalui program seperti 'Citizens on Patrol' dan pameran pencegahan jenayah.



Muhammad Naufal yang telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) selama lebih 10 tahun, telah memulakan khidmatnya dengan SPF sebagai Pegawai Respons Darat (GRF) di Divisyen Polis Clementi dan berpindah ke CPU di Pusat Polis Kejiranan (NPC) Bukit Merah West pada 2019.



"Ramai yang masih berpendapat pegawai polis ini garang dan tegas, tapi secara peribadi saya memang lebih ramah dan ini terserlah dalam tugas saya juga.



"Orang ramai juga ada kalanya meletakkan stigma- bila ada polis sahaja maknanya anda buat perkara yang salah. Tapi saya ingin lakukan sesuatu yang positif dengan anggota masyarakat, dari situ minat saya terhadap Polis Masyarakat tercetus," ujarnya.



Antara tanggungjawab pegawai CPU adalah untuk meningkatkan usaha mendampingi masyarakat bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan demi mencegah jenayah, dan Encik Naufal berbesar hati dapat bekerjasama dengan pertubuhan akar umbi dan juga sekolah dalam usaha tersebut.



Bekas pelajar kursus Reka Bentuk Multimedia dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) itu juga dapat meneruskan minatnya sebagai pegawai CPU, di mana beliau diberi peluang mereka bersama bahan-bahan yang diagihkan dalam usaha mencegah jenayah termasuk poster, sarung botol air, dan lapik gelas.



Kini Encik Naufal juga terlibat dalam usaha mendekati generasi baru melalui media sosial, terutama sekali dalam pandemik ini di mana penggunaan wadah digital semakin berleluasa.



Antaranya adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai langkah mencegah daripada berlakunya jenayah melalui video singkat yang dimuat naik naik di wadah media sosial SPF.



"Sebagai pegawai polis, kita perlu bersikap proaktif dan bukan lagi reaktif, dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai.



"Kita juga perlu terus mempertingkat kemahiran supaya boleh kekal relevan dan memahami dunia di luar sana," ujarnya.



Encik Naufal telah menamatkan kursus Diploma dalam Kajian Polis dan Keselamatan yang ditaja SPF sepenuhnya dan kini mempertimbang untuk melanjutkan pelajaran selanjutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >