Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu ikut jejak peguam Subhas Anandan

Pelajar Lasalle penerima dermasiswa HGEF daftar bagi kursus diploma undang-undang di Politeknik Temasek
Nov 17, 2020 | 05:30 AM



CARA peguam jenayah masyhur mendiang Subhas Anandan menguruskan kes rumit seperti 'Naga Bermata Satu' Tan Chor Jin dan Anthony Ler menggamit perhatiannya.



Ira (bukan nama sebenar), yang sememangnya bercita-cita menjadi peguam, juga terpaut pada keluhuran peguam mengendalikan kes secara percuma atau pro bono.



"Saya percaya akan kepentingan memberi peluang kedua seperti yang dilakukan Encik Anandan.



"Jika berpeluang menjadi peguam, saya mahu mencapai tahap mampu mengendalikan banyak kes secara pro bono," ujar anak sulung dalam keluarga empat adik-beradik itu ketika ditemui Sabtu lalu.



Ira, 18 tahun, pelajar tahun kedua diploma media penyiaran Maktab Seni Lasalle dan dijadualkan tamat pengajian pada 2022.



Namun, beliau kini setapak lebih dekat kepada impiannya menjadi peguam. Ira baru mendaftar bagi menyertai kursus diploma eksekutif undang-undang secara sambilan di Politeknik Temasek (TP).



Jika diterima, beliau dijangka memulakan pengajian tahun ini dan tamat pada 2023.



Beliau merancang menggunakan separuh daripada dermasiswa bernilai $1,200 yang diterima daripada Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) tahun lalu untuk membiayai kursus TP itu.



Ira menerima bantuan HGEF sejak 2014.



Pemohon yang layak kini dijemput memohon dermasiswa HGEF (lihat maklumat sisipan). Tarikh tutup permohonan ialah 30 November.



HGEF menyediakan dermasiswa bagi membantu anak pesalah dadah yang masih belajar di sekolah rendah, menengah, politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE), madrasah atau universiti tempatan.



"Ada anak yang rasa terbeban oleh kesalahan ibu bapa (penagih dadah). Namun, nasihat saya ialah teruskan belajar sungguhpun tidak memiliki apa-apa di dunia ini. Hanya dengan pendidikan kita boleh merubah nasib keluarga," ujar Ira.



Setiausaha kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun, akur 2020 tahun sangat mencabar buat segenap lapisan masyarakat.



Hal ini disebabkan pandemik Covid-19 telah meruntuhkan ekonomi keluarga, lebih-lebih lagi keluarga pesalah, warga berpendapatan rendah dan pencari nafkah yang dibuang kerja.



Oleh sebab itu, inilah masa terbaik pihaknya menghulurkan sokongan lebih padu terhadap pendidikan anak dalam keluarga sedemikian.



Sepanjang 15 tahun lalu, HGEF sudah mengagihkan dermasiswa berjumlah $637,755 kepada pelajar seperti Ira.



HGEF diasaskan sebagai usaha mengenang jasa mantan setiausaha politik (Ehwal Dalam Negeri), Allahyarham Harun Abdul Ghani. Arwah giat memerangi gejala dadah dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam.



HGEF juga bertujuan mendorong anak penagih atau bekas penagih dadah belajar hingga peringkat posmenengah.



"Covid-19 bukan menjejas ibu bapa sahaja, malah mengganggu pembelajaran anak. Kami tidak mahu mereka putus harapan.



"Dengan adanya dana ini, kami mahu mendorong pelajar supaya meneruskan pengajian setinggi yang termampu.



"Pihak keluarga juga boleh menghubungi kami kalau memerlukan bantuan tambahan. Kami akan menghubungkan anda kepada sumber atau badan bantuan relevan," ujar Cik Haslinda, yang juga anak Allahyarham.




CARA MOHON BANTUAN DANA PENDIDIKAN HARUN GHANI (HGEF)



Tarikh Permohonan:



- 16 hingga 30 November 2020



Syarat Permohonan



- Anak penagih atau bekas penagih dadah atau pesalah yang sedang menjalani proses pemulihan



- Pelajar sepenuh masa



- Berkelakuan baik



- Pendapatan per kapita keluarga tidak lebih $375 sebulan



Nilai Dermasiswa



- Sekolah rendah: $120



- Sekolah menengah: $150



- ITE: $200



- Politeknik: $1,200



- Universiti: $2,000



Proses



Borang boleh didapatkan di:



- Pejabat utama Yayasan Mendaki, 51 Kee Sun Avenue, Singapura 457056



- Pusat satelit Mendaki di serata negara



Keterangan Lanjut



- Hubungi Yayasan Mendaki menerusi talian 6245-5555




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >