Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu jadi ahli psikologi apabila lihat beberapa teman hadapi masalah murung, tertekan

Jan 01, 2019 | 05:30 AM



Tiga pelajar madrasah yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan nasional bagi kededua subjek duniawi dan ukhrawi, telah diraikan dalam satu majlis Sabtu lalu. Mereka telah menerima Anugerah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) yang mengiktiraf pencapaian mereka bukan sahaja di sekolah bahkan di kokurikular madrasah juga. Pelajar ini mengongsi aspirasi dan cabaran mereka bersama wartawan Berita Harian, SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg)



MELIHAT beberapa temannya yang mengalami tekanan atau kemurungan ekoran masalah di rumah atau sekolah, ia menjadi dorongan kepada Sumaiyah Sulaiman untuk menjadi seorang ahli psikologi terlatih.



Sumaiyah, 17 tahun, merupakan penerima Anugerah Madrasah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) bagi peringkat peringkat 'O' tahun ini.



Menurutnya, meskipun sekarang ada ramai ahli psikologi atau kaunselor Melayu yang dapat memberi nasihat, tetapi latar belakang mereka berbeza berbanding dengan pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat madrasah.



"Ada beberapa teman saya yang tertekan kerana mereka sedang terkial-kial untuk membayar yuran sekolah.



"Ada yang mungkin mempunyai ramai adik-beradik dan mengalami masalah kewangan.



"Ada pula yang memerlukan bantuan dari segi akademik dan kelas tuisyen tetapi tidak mampu.



"Jadi mereka rasa terhimpit dan tidak tahu ke mana untuk meluahkan perasaan, dan ini yang membuatkan mereka sering rasa tertekan," kongsinya.



Menurutnya ramai temannya yang mengalami masalah demikian, sebahagian besarnya lebih gemar bersendirian daripada mengongsi masalah itu dengan orang lain.



Ini kerana mereka tidak mahu dilabel sebagai "lemah iman" atau mengalami masalah mental.



"Selepas 12 tahun mengikuti pelajaran di madrasah, saya rasa saya boleh mengaitkan diri dengan masalah yang dihadapi para pelajar madrasah," ujarnya.



Tetapi untuk memberikan kelainan, Sumaiyah berkata beliau mahu memberikan nasihat dan pandangan berlandaskan syariah.



"Saya mahu satukan apa yang saya pelajari dalam bidang sekular dan ukhrawi untuk memanfaatkan masyarakat," katanya lagi.



Ini yang mendorongnya untuk belajar dengan lebih gigih lagi demi mencapai citacitanya.



Sumaiyah, anak sulung lima beradik ini merupakan pelajar terbaik di Madrasah Aljunied Al-Islamiah apabila beliau meraih tujuh gred A dalam peperiksaan 'O'.



Ini termasuk subjek seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Matematik, Matematik Tambahan, Sains Gabungan dan Pengetahuan Agama Islam (IRK).



Beliau yang kini belajar di prauniversiti, juga telah dicalonkan sebagai naib presiden bagi Majlis Pelajar tahun depan.




"Ada beberapa teman saya yang tertekan kerana mereka terkial-kial untuk membayar yuran sekolah. Ada yang mungkin mempunyai ramai adik-beradik dan mengalami masalah kewangan. Ada pula yang memerlukan bantuan dari segi akademik dan kelas tuisyen tetapi tidak mampu. Jadi mereka rasa terhimpit dan tidak tahu ke mana untuk meluahkan perasaan, dan ini yang membuatkan mereka sering rasa tertekan.''
- Sumaiyah Sulaiman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >