SETELAH lebih dua dekad merawat para pesakit ginjal, pengurus jururawat klinikal kanan, Encik Adzhari Boimin, telah melihat terlalu banyak kes yang digambarkannya sebagai "kopi tiga-dalam-satu".
Kes-kes sedemikian menurutnya adalah para pesakit ginjal Melayu yang selain menderita penyakit kencing manis, turut menghidapi masalah jantung dan darah tinggi.