PILIHAN RAYA KECIL BUKIT BATOK
Mahu runding dengan penduduk sebelum saran projek
SDP juga ingin teruskan projek atau program diusul AP lalu jika Dr Chee menang
Apr 29, 2016 | 05:30 AM
CALON Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, berkata pihaknya akan mengambil pendekatan berunding dengan penduduk sebelum mengusulkan projek di bawah Program Pembaharuan Kejiranan (NRP) sekiranya mereka berjaya memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Batok.
Malah, tambahnya, mereka juga akan meneruskan projek atau program yang telah diusulkan Anggota Parlimen (AP) di kawasan undi itu sebelum ini sekiranya Dr Chee menang dalam pilihan raya kecil tersebut.