Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu semakan menyeluruh dan keseragaman bagi prosedur: Raeesah

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



DALAM ucapannya di Parlimen semalam, Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Cik Raeesah Khan (GRC Sengkang) berkata amalan berkhatan bagi perempuan masih dilakukan di Singapura secara senyap.



Malah menurutnya, ia telah mendapat perhatian media asing seperti Reuters dan BBC selain aktivis setempat yang sedang menjalankan usaha terhadap isu tersebut.



Menukil respons yang diberikan seorang wakil Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) terhadap satu artikel BBC, Cik Raeesah berkata majlis itu telah menyatakan bahawa "ia tidak menerima sebarang prosedur yang membahayakan individu," sambil menambah bahawa majlis itu "sering berpegang bahawa sunat perempuan perlu dielakkan."



Cik Raesah yang merupakan antara anggota Dewan yang telah berucap dalam usulan Memperkasa Wanita semalam, turut menggesa Kementerian Kesihatan supaya menjalankan semakan menyeluruh mengenai prosedur berhatan bagi perempuan yang dijalankan di klinik privet.



"Kita perlu mempunyai matlamat untuk menyeragamkan dan menjadikan telus tentang jumlah kulit yang dipotong semasa prosedur itu atau menekankan bahawa amalan itu hanya simbolik semata-mata, memastikan alat yang betul digunakan dan seperti prosedur perubatan yang lain, kaunseling perubatan diperlukan bagi mereka yang ingin melakukannya," kata Cik Raeesah dalam bahasa Inggeris.



Beliau turut menggariskan kesan prosedur itu ke atas perempuan seperti kesan perubatan selain menjejas hubungan bayi dengan penjaga.



Cik Raeesah juga berkata satu lagi kesan kesihatan mental negatif yang mungkin berlaku ialah terhadap pembangunan otak kanak-kanak.



"Pendedahan kepada sakit yang teruk bagi bayi dan kanak-kanak menyebabkan respons tekanan biologi, yang boleh menghalang pembangunan optima," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >